Budiey telah pun menerima kad jemputan untuk menghadiri majlis persandingan Maya Karin dan suaminya Steven David Shorthose yang akan diadakan pada 29 Ogos 2008, hari Jumaat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, jam 7 malam.
Terima kasih kepada Maya Karin kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti. Khabarnya majlis dibuat secara sederhana ini bakal mengetengahkan tema ‘Garden Wedding’. Mesti menarik dan meriah, kan?
Begitu ringkas sekali kad jemputan yang dibuat sendiri ini. Kad jemputan kalau dibuat sendiri orang kata lebih bersifat sentimental value. Murah pun murah…
Maya Karin akan berkahwin dengan buah hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali, seorang guru Matematik pada 9 Ogos ini di Bellagio, Itali. Dengar khabar, Maya Karin sudah terbang ke Itali pada 6 Ogos lalu bersama 70 orang famili dan sanak saudara untuk majlis kahwin pada 9 Ogos ini. Ianya akan diraikan dalam upacara khas ketika mendaftarkan perkahwinan mereka secara sivil di negara itu. Memilih tiga tarikh istimewa bagi meraikan hari bahagia itu, mereka dijadual dinikahkan oleh imam Abdullah pada 14 Ogos 2008 nanti di sebuah villa berhadapan sebuah tasik indah di Bellagio, Itali.
Selamat pengantin baru, Maya!