in

Kacau Dodol Amal

Kemeriahan Syawal semakin terasa! Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, syarikat konglomerat media terbesar, Media Prima Berhad turut tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan demi menjalankan tanggungjawab sosialnya dan secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim antara pihak-pihak yang terlibat di dalam majlis sebegini. 

Pada hujung minggu ini, Media Prima bersama Yayasan Salam dan Warisan Global bakal menganjurkan aktiviti istimewa “Kacau Dodol Amal”. Sebanyak 10 kawah dodol akan disediakan untuk dikacau besama-sama tetamu yang hadir.  Sebanyak 800 paket dodol ini dengan harga RM30 akan dijual kepada badan-badan koporat dan orang perseorangan. Hasil jualan daripada aktiviti ini nanti akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3 dan Yayasan Salam. 

Tarikh/ Hari: 12 September 2009 (Sabtu)

Tempat : Perkarangan Sri Pentas.

Masa: 11.30 pagi – Lawatan Menteri “Kacau Dodol”

VIP – YB Datuk Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Dan Penaung Global Entrepreneurship Week Malaysia

YBHG Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi Media Prima Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aksi Panas Aliff Aziz

Maybelline New York Simply Fabulous