Kemeriahan Syawal semakin terasa! Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, syarikat konglomerat media terbesar, Media Prima Berhad turut tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan demi menjalankan tanggungjawab sosialnya dan secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim antara pihak-pihak yang terlibat di dalam majlis sebegini.
Pada hujung minggu ini, Media Prima bersama Yayasan Salam dan Warisan Global bakal menganjurkan aktiviti istimewa “Kacau Dodol Amalâ€.Â
Sebanyak 10 kawah dodol akan disediakan untuk dikacau besama-sama tetamu yang hadir. Sebanyak 800 paket dodol ini dengan harga RM30 akan dijual kepada badan-badan koporat dan orang perseorangan. Hasil jualan daripada aktiviti ini nanti akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3 dan Yayasan Salam.