Jika anda tertanya mana negara kita, ya, Malaysia tidak tersenarai dalam rangkaian tersebut. Menurut laporan, Malaysia terlepas dalam projek tersebut disebabkan pengecualian polisi kabotaj yang dilakukan oleh bekas Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Wee Ka Siong pada tahun lalu.
Buat makluman, polisi tersebut bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara tetapi juga menyebabkan proses baik pulih kabel dasar laut yang rosak mengambil masa lebih lama. Bahkan, menjejaskan kestabilan internet di Malaysia.
Mengimbas kembali, Facebook dengan kerjasama Google ingin membangunkan sistem kabel dasar laut yang dijangka siap pada tahun 2024 dimana ia adalah untuk memenuhi permintaan data yang meningkat di rantau ini.
Dengan rangkaian internet negara kita boleh dikatakan agak menyedihkan, lebih memilukan apabila Malaysia terlepas peluang untuk terlibat bersama syarikat gergasi dunia Facebook dan Google.
Tambahan lagi, masalah politik negara yang juga bercelaru, mungkin kita hanya mampu menggigit jari apabila negara jiran seperti Indonesia akan menikmati jaringan lebih baik pada masa hadapan.
Sumber: The Vibes