in , ,

K-Food Fair Kembali Lagi Buat Tahun ke-6 dengan Pelbagai K-Aktiviti Menarik!

K-Food Fair 2023 dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. 

Anjuran Korea Agro-Fisheries and Food Trade Corporation serta Kementerian Pertanian, Makanan, dan Kawasan Luar Bandar Korea Selatan, K-Food Fair yang mendapat sambutan hangat tahun lepas, kini kembali ke Kuala Lumpur dengan pelbagai K-aktiviti yang memenuhi permintaan pengguna (B2C) dan perusahaan (B2B).

23KFF SNS Official - highlights b2c

K-Food Fair 2023 dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam

Pengunjung dapat menikmati pelbagai K-Experience, termasuk pertandingan tarian, pertunjukan quiz K-Food, persembahan taekwondo, dan banyak lagi. Peserta juga berpeluang memenangi pelbagai baucar hadiah dan beg strawberi K-Food Fair sepanjang pesta selama 3 hari ini.

23KFF SNS Official - PR 2

Aktiviti Sepanjang K-Food Fair 2023:

Pengunjung boleh hadir ke K-Food Fair 2023 dari 13 hingga 15 Oktober, dengan upacara pembukaan pada 13 Oktober yang akan disempurnakan oleh Encik Jang Jae Hyung, Pengarah Urusan Pusat aT Kuala Lumpur, bersama-sama dengan Encik Yeo Seung-bae, Duta Republik Korea, dan Puan Amy Hoo, Ketua Jabatan Pemasaran Sunway Pyramid.

Berikut adalah sorotan acara dinantikan:

  • K-Food Experience ZOne (Photobooths, Claw Machine, dan Zon Permainan Metaverse, dan Pakaian Hanbok)
  • Pertandingan K-Pop Cover Dance dengan hadiah bernilai sehingga RM7,000
  • Persembahan tarian K-Pop oleh Kueendom dan Kingsman
  • Pertunjukan Taekwondo oleh pasukan ARENA
  • Permainan Kuiz K-FOOD sempena sambutan Hari Hangeul bersama Nura
  • Dapur Terbuka dan Food Tasting
  • Peraduan Mewarna K-Colouring untuk kanak-kanak di bawah 11 tahun dengan hadiah tempat pertama bernilai RM150 

Untuk tentatif acara dan foto, sila dapatkan di sini

Layari www.mykfoodfair.com untuk maklumat lanjut.

23KFF SNS Official - PR 6
colouring - 1

Mengenai Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation

Agensi kerajaan Korea ini ditubuhkan pada tahun 1967 untuk mengendalikan promosi perdagangan, pengeksportan dan pemasaran makanan dan minuman Korea secara global. Pada masa ini, agensi tersebut mempunyai 18 buah cawangan luar negara, termasuk Malaysia.

Mengenai K-Food Fair 2023

K-Food Fair merupakan salah satu inisiatif Korea Agro-Fisheries and Food Trade Corporation untuk meningkatkan pengedaran rangkaian produk buatan Korea, meneroka pasaran baharu di luar Korea Selatan dan menambah baik industri F&B Korea Selatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JUDIKA

Debaran Malam Konsert ‘Rockmantic Night – Judika & The Gang’ Makin Terasa!

Mawar Rashid Minta Maaf, Dah Cuba Istiqamah Bertudung Tapi Gagal