Juruvideo Utusan Online, Mohamad Danial Mohd. Zaini muncul juara siri realiti televisyen Lawak Solo yang disiarkan secara langsung dari Studio Sound Stage, Finas malam ini.
Mohamad Danial yang mula bertugas dengan Utusan Online Mei tahun ini tampil dengan persembahan bersahaja meniru mimik suara selebriti terkemuka termasuk Shamsul Yusof dan Ustaz Kazim Elias, berjaya mencuri perhatian para juri dan peminat sehingga membolehkan anak kelahiran Pulau Pinang itu meraih undian tertinggi.
Pemuda berusia 23 tahun itu turut berjaya menewaskan tiga finalis lain iaitu Achmad Rusli (Mad Sabah), Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim dan Mohd. Hafiz Abdul Ghani untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Mat Sabah yang membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 beserta trofi.
Manakala Ahmad Fikry (tempat ketiga) dan Mohd. Hafiz (tempat keempat) masing-masig membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan RM10,000 berserta trofi.
—-
Peserta dari Pulau Pinang, Mohamad Danial Mohd Zaini muncul sebagai juara program Lawak Solo musim pertama yang diadakan di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini, Jumaat.
Danial, 23, berjaya menumpaskan tiga lagi peserta pada pertandingan akhir itu dan melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 dan trofi sumbangan Astro.
Tempat kedua pula milik peserta dari Sabah iaitu Achmad Rusli, 28 dan berjaya membawa pulang wang tunai RM40,000 dan trofi.
Tempat ketiga milik Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 22, berasal dari Kedah dan menerima wang tunai RM20, 000 berserta trofi.
Manakala usahawan dari Perak, Mohd Hafiz Abdul Ghani terpaksa berpuas hati ditempat terakhir dan membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Bahagian Komedi Astro, Bob Azrai.
Dalam pada itu, pada peringkat akhir itu peserta diberi tema bebas dan hiburan sebagai tugasan sebagai cabaran bagi merebut gelaran juara.
Kesemua empat peserta akhir diadili oleh juri profesional yang mewakili 70 peratus markah pada malam itu manakala selebihnya undian peminat.
Datuk AC Mizal dan Saiful Apek bertindak sebagai pengkritik tetap manakala Erra Fazira sebagai juri jemputan.
Pelawak Nabil Ahmad, Ebby Yus dan Douglas Lim pula tampil sebagai penasihat komedi program berkenaan.