Semalam (1 Februari 2008), Budiey, Azwan & the gang telah menghadiri Sheila Majid in Concert anjuran IJN Foundation di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur . Oh ya, sebelum ke Konsert Sheila, jam 3 petang, Budiey sempat join Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran Metrowealth di Restoran Lemon, Selayang Mall. Ramai juga artis kat sana meraikan anak yatim dan join rakaman Malaysia Hari Ini terbitan TV3. Selain anak yatim, David Teo tak lupa untuk kasi duit raya kat media wartawan termasuk fotografer dan juga artis selebriti yang hadir. Moga murah rezeki Metrowealth dengan projek-projek drama dan filem yang bakal meletop di tahun ini.
Kembali bercakap pasal Konsert Sheila Majid… sememangnya, inilah saat Budiey dan die hard fans lain tunggu-tunggu sebab sudah lama tidak mendengar suara Sheila Majid secara live. Apa tidaknya, Budiey membesar dengan lagu-lagu Sheila Majid. Lagu paling Budiey minat ialah, Rindu dan Kerinduan. Pendek kata, semua pasal rindu mesti Budiey suka. hehehe… Sudah 6 tahun Sheila Majid tidak perform di konsert mega seperti malam tadi. Hasilnya, satu luar biasa menarik! Macam Budiey cakap, konsert Sheila Majid selalunya tidak akan mengecewakan. Puas hati!
Sudah tentu ramai yang sanggup membeli tiket walaupun harga tiket agak mahal. Tidak mengapa, bagi peminat Sheila Majid harga tidak menjadi isu pokok dan masalah utama. Lagi pun apa salahnya menderma wang tiket tersebut kepada Yayasan IJN sambil berhibur. Budiey dengar tiket untuk malam pertama dan malam akhir telah habis dijual. Ramai juga syarikat besar yang datang kasi sponsor untuk IJN dan kasi kat client dan staff diorang tiket. Tiket paling mahal RM350 dan ada yang berharga RM280, RM250, RM200 dan paling murah RM150 sanggup dibeli. Tengok sendiri tempat duduk dalam Dewan Plenari, memang penuh. Tingkat atas tak tahu la sebab Budiey sempat nak gi tengok samada penuh ke tidak.
Ternyata sangkaan Budiey benar kerana Dewan Plenari yang boleh menempatkan lebih 3 ribu orang penonton itu penuh sesak dengan penonton pada malam pertama.
Jam 7 malam, Budiey dan Azwan sudah berada di Convention Centre. Setelah mendaftar di meja media dan kami berdua diberi tiket, kami lepak-lepak sambil kemaskini blog dan baca komen korang semua di blog Sensasi Selebriti. Sementara menunggu gang fotografer lain datang, Budiey mengambil semua gambar-gambar kahwin Ning Baizura yang berlangsung pada hari Khamis lepas dari Azwan.
Sempat korek beberapa cerita-cerita off record di sebalik majlis perkahwinan Ning Baizura. Khabarnya, ada stesen TV makan hati sebab tak dapat jadi stesen penyiar bagi majlis wedding Ning ala kampong itu. Huhu!
Jam 8 malam, Budiey & the gang sempat jenguk-jenguk dan intai-intai rakan-rakan artis dan selebriti yang datang. Mula-mula kami serbu Noryn Aziz diikuti dengan kawan rapatnya, Atilia. Kata Atilia, patutlah dia call Noryn tak terjawab, sibuk buat foto shoot kat sini rupanya. Ramai gaklah selebriti yang datang sokong dan join penonton tengok konsert. Antara lainnya, Fazley Zainal, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Farhan, Chef Wan dan ramai lagi yang Budiey tak sempat terjah. Gambar diorang akan Budiey publish pada lain masa.
Sempat lagi baca komen yang korang tulis di blog ini dengan menggunakan Nokia N95 sebab kat Pusat Konvesyen ada WiFi free. Korang ni tak habis-habis lagi duk komen pasal fesyen Siti Nurhaliza bertudung… dah-dah la tu… komen pasal entri lain la pulok!
Apa yang Budiey kagum ialah mutu muzik di Dewan Plenari ini lebih out standing, lebih power, lebih gah, lebih sedap, lebih cemerlang lebih apa lagi? Memang mutu dan kualiti bunyi dia jelas. Rasanya tak banyak ada masalah dengan audio macam konsert-konsert di Stadiun Putra dan Stadium Negara. Mungkin sistem audio di sini lebih canggih atau memang reka bentuk Dewan Plenari ini sendiri memainkan peranan dalam menjadikan sound surrounding lebih power dari biasa. Bunyi muzik, bunyi lantunan vokal Sheila… memang sebjijk macam CD Album. Pemilihan lagu nostalgia isteri Acis ini dan seleksi segmen tribute P. Ramlee bagaikan ingin mengembalikan penonton kepada kenangan lama. Budiey akan buat ulasan khusus untuk konsert Sheila Majid ini di entri yang menyusul kemudian.
Malam ini ada satu lagi sesi konsert Sheila Majid. Pada malam ini, Sheila Majid akan bawa lagu-lagu yang selebihnya yang dia tidak nyanyi pada malam tadi. Oh ya, hari ini Budiey akan ke Majlis Persandingan Ning Baizura di Matrade. Katanya, kena ada di sana dalam jam 5.30 petang sebab ada sidang media. Jadi, Budiey terpaksa ke sana awal sikit la… Ekceli, kalau pergi pun Budiey tak dapat makan banyak sangat sebab sekarang tengah pantang makan seafood dan makanan yang menyebabkan gatal. Budiey tengah kena resdung… korang ada petua atau tempat rawatan resdung sekitar KL? Nanti kasi tau Budiey ya!
[tags]warna lirik, ulasan konsert sheila majid, jazz download torrent, gambar sheila majid, shazwan astro awani, sultanmuzafar blog, farihad bh, nurul, ciplak artikel, isu artis bogel, foto acis, kapasiti Dewan Plenari, Teater Plenari, ruang pameran, Dewan Persidangan, Dewan Utama, Dewan Banquet[/tags]