in

Julio Iglesias di Concert of Celebration YTL

Julio Iglesias Bakal Membuat Persembahan Untuk Concert of Celebration YTL

Untuk meraikan penampilan baru Starhill Gallery yang serba moden, acara khas yang sering diadakan oleh YTL Corporation bergelar Concert of Celebration akan diadakan secara jalanan di Jalan Bukit Bintang yang bakal menampilkan persembahan selebriti oleh bintang lagenda Julio Iglesias pada 1 Disember ini. Pemenang Grammy Award dengan kerjaya yang telah mencapai kejayaan besar seluruh dunia, melalui jualan 300 juta rekod seluruh dunia dalam 14 bahasa dan telah menghasilkan 77 album, Julio bakal memukau para penonton apabila beliau menyanyikan lagu-lagu singlenya yang popular.

Julio Iglesias 2

Tan Sri Dato’ Dr Francis Yeoh, Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corporation Berhad berkata, “Concert of Celebration kali ini adalah sungguh istimewa kerana kami kini sedang meraikan kejayaan mercutanda dalam pembangunan Starhill Gallery. Dan, pastinya juga untuk berterima kasih kepada Tuhan kerana menganugerahkan kami dengan aset yang sungguh berharga ini.”

“Konsert tersebut akan memaparkan seni bina muka bangunan Starhill Gallery yang baru serta pelbagai jenama fesyen mewah terkemuka global yang cukup bergaya yang kini telah ditempatkan secara eksklusif di sini.”

Muka bangunan tersebut adalah rekaan seni bina unggul yang menggunakan teknologi kaca dan keluli ringan canggih. Penampilan baru bertaraf ikon tersebut adalah hasil binaan sepasukan arkitek dan perekabentuk terkenal dari Malaysia, Singapura, Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, Itali, England dan Jerman.

“Kami berasa sungguh teruja kerana dengan konsert ini, kami dapat meraikan transformasi inovatif Starhill Gallery dengan semua. Dan sesungguhnya Julio adalah seorang penghibur lagenda! Beliau akan menyemarakkan keseluruhan kawasan Bukit Bintang yang akan ditukar menjadi sebuah lokasi konsert gergasi untuk satu malam. Ini akan menjadi suatu “Ucapan Terima Kasih!’ kami, khususnya kepada semua yang mempunyai kaitan dengan Bukit Bintang yang telah menunjukkan sokongan dan muhibah kepada YTL,” tambah Tan Sri Francis.

Sebagai pendokong setia Seni, YTL telah berjaya menampilkan antara artis dunia paling terkemuka dalam siri Concert of Celebration yang dianjurkannya. Ini termasuk Three Tenors Concert terakhir dan menjadi kenangan cukup indah di Bandar Warisan Dunia di Bath pada tahun 2003; dan persembahan tenor popular, Russel Watson di Sentul Park Kuala Lumpur pada tahun 2005. Tahun lepas, Andrea Bocelli telah menghiburkan para penonton di Botanic Garden Singapura bersama-sama dengan soprano dari Slovakia, Sabrina Cvilak, pemain seruling terkemuka Andrea Griminelli dan penyanyi terkenal Australia Delta Goodrem.

Pada 1 Disember ini, para penggemar konsert akan diberikan ruang sepanjang Jalan Bukit Bintang yang akan ditutup khas untuk konsert tersebut. Sejajar dengan falsafah YTL untuk berkongsi bingkisan muzik dengan masyarakat, para peminat dan penggemar muzik berpeluang memenangi tiket-tiket ke konsert tersebut dengan mendaftar di laman web Starhill Gallery:

www.starhillgallery.com

Pada malam tersebut, YTL akan turut menempatkan skrin besar sepanjang Jalan Bukit Bintang bagi membolehkan orang ramai menikmati persembahan.

“Saya ingin mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya!’ kepada mereka yang mendaftar untuk memenangi tiket. Datanglah ke Bukit Bintang walaupun jika anda tidak berpeluang memenangi sebarang. Anda akan mendengar nyanyian Julio di mana-mana sahaja anda berada di sekitar kawasan tersebut dan anda mungkin berpeluang melihat sendiri bintang tersebut,” kata Tan Sri Francis.

Julio Iglesias mengulas tentang konsert tersebut dengan berkata, “Saya sungguh gembira atas peganjuran Concert of Celebration ini oleh YTL. Saya berasa sungguh seronok sepanjang bebeapa lawatan saya ke Malaysia dan sambutan para peminat di sini menjadikan saya berasa sungguh istimewa. Mereka amat saya sayangi dan saya tidak sabar-sabar untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur.”

Concert of Celebration ini turut menjanjikan sesuatu yang julung kali diadakan! Peminat dan penggemar muzik seluruh dunia akan dapat menyaksikan keseluruhan persembahan Julio Iglesias secara online yang dikuasakan oleh rangkaian Yes 4G milik YTL. Yes adalah liputan rangkaian internet seluruh negara mudahalih 4G pertama dan terpantas di dunia. Baru-baru ini, ia telah dianugerahkan dengan ‘Perkhidmatan Baru Terbaik’ di Broadband Info Vision Awards 2011 yang berprestij di Paris.

Persembahan tersebut boleh dinikmati tanpa penimbalan di http://tvr.my/

Mengenai Starhill Gallery
Starhill Gallery adalah penampilan muktamad citarasa dan gaya di bandaraya ini dalam bentuk makanan, fesyen, kehidupan, kecantikan & seni. Dengan keluasan 280,000 kaki per., Starhill Gallery adalah sebuah destinasi membeli-belah yang menyeronokkan di Malaysia, menyedakan tahap ciri-ciri persendirian dan eksklusiviti yang jarang-jarang ditemui di kalangan kompleks membeli-belah besar.

Starhill Gallery mempunyai tujuh tingkat bertema yang menawarkan pelbagai pengalaman di setiap tingkat. Feast, Indulge, Adorn, Explore, Pamper, Relish and Muse.

Feast sepuasnya di Feast Village kami, persekitaran menjamu selera yang bergaya dengan tarikan ala kampung. Di sini, anda akan menemui 12 buah restoran dengan rekabentuk unik yang menghidangkan gabungan sajian bertaraf dunia dan menampilkan kemahiran kulinari yang digambarkan oleh persekitaran gaya hidup bertaraf ikon dengan gaya baru dan kontemporari.

Indulge diri anda dengan fesyen dan jenama mewah eksklusif paling elegen di dunia. Daripada Louis Vuitton hingga kepada Christian Dior, Boucheron kepada Van Cleef & Arpels, Fendi hinggalah kepada Valentino, semuanya sentiasa mewujudkan rekabentuk visual kedai yang memikat dan menyediakan pelbagai rangkaian barangan jualan yang cantik untuk memuaskan hati anda. Sesungguhnya kami benar-benar merupakan Duta Citarasa & Gaya.

Adorn mempunyai ruang jualan seluas lebih 30,000 kaki per. yang menampilkan lebih 100 jenama jam mewah, termasuk butik tunggal berkualiti yang jarang-jarang ditemui. Ini menjadikan kami “Penjual Jam Terunggul Dunia”. Hias turut menempatkan jenama-jenama fesyen terbaik global.

Explore pelbagai jenama fesyen, aksesori dan kelengkapan terbaru yang indah, energetikdan sungguh mengujakan. Terokai hasil ciptaan pereka-pereka Malaysia yang berbakat dan inovatif.

Pamper diri anda di oasis kesihatan dan kecantikan kami di “Percutian dalam Bandar Terbesar Dunia”. Terdapat pelbagai perkhidmatan yang pasti dapat memanjakan anda dari kepala hingga ke kaki dan jenama-jenama kecantikan terkemuka untuk memenuhi setiap keinginan anda. Manjai dikhususkan secara keseluruhannya untuk kecantikan dan kesihatan yang direka untuk memberi ketenangan kepada deria anda dan memulihkan kesegaran anda.

Relish mempunyai dua buah restoran istimewa yang hanya dibuka secara eksklusif di Starhill Gallery. Gonbei San mengkhusus dalam hidangan Jepun digril yang sungguh menyelerakan. Jogoya Buffet dari Taiwan menghidangkan sajian Jepun dan Cina yang segar dan lazat dalam suasana bergaya dan elegan. Jagoya di KL adalah restoran pertama mereka di luar Taiwan.

Muse daripada inspirasi nukleus di YTL International College of Hotel Management (YTL-ICHM). Memandangkan Hospitaliti merupakan salah satu tarikan bisnes yang kian berkembang secara global, YTL-ICHM memainkan peranan penting dalam melahirkan para profesional yang berwibawa dalam industri ini dengan menyediakan pendidikan dan latihan secara langsung dalam seni hospitaliti untuk pemimpin industri masa depan.

Mengenai Yes
Yes, satu jenama di bawah YTL Communicatios, menawarkan internet mudahalih 4G dengan perkhidmatan suara terpantas. Yes adalah pengoperasi mudahalih pertama yang membawakan gabungan perkhidmatan internet dan suara dalam satu pelan. Yes menawarkan kadar mudahalih terendah dalam industri dan kini meliputi lebih 65% penduduk semenanjung Malaysia. Dengan rangkaian 4G miliknya yang teguh sebagai tulang belakang dan rangkaian mudahalih yang digabungkan sepenuhnya, Yes muncul sebagai salah satu rangkaian tanpa wayar paling maju di dunia.

Mengenai YTL Communications
YTL Communications Sdn Bhd adalah sebuah syarikat subsidiari dan utiliti komunikasi YTL Power International Berhad dan sebahagian daripada Kumpulan YTL Corporation Berhad. Syarikat tersebut merancang untuk menyediakan perkhidmatan dengan harga berpatutan dan bertaraf dunia yang mampu meningkatkan cara hidup, belajar dan bermain rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.yes.mt.

Julio Iglesias 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nur Fazura di Pelancaran One Unilever Fair

Sekitar Red Box Berwajah Baru & Showcase OMG Gempak