in

Juliana Ibrahim Jual Pakaian Kanak-Kanak

[dropcap]M[/dropcap]asih ingat pada pelakon juga pengacara genit ini? Selepas dua tahun ‘berehat’ dari kesibukan dunia seni sebaliknya meluangkan masa mengurus anak-anak dan suami, kini Juliana Ibrahim memutuskan mahu kembali mengisi ruang lakonan dan pengacaraan yang telah ditinggalkannya sikit masa dulu. Ternyata walaupun hot mama ni sedang berbadan dua, tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam karier yang disifatkan sudah seperti darah dagingnya.

Juliana Ibrahim

Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata minat pada lakonan menambahkan semangatnya untuk aktif semula sementelah tawaran yang tidak putus-putus datang padanya.

“Saya tak pernah berhenti sebenarnya, cuma berehat dan dalam waktu itu saya luangkan masa uruskan anak-anak. Saya masih wujud dalam industri. Saya nak kembali sebab lakonan adalah jiwa saya.

“Walaupun sekarang saya hamil tiga bulan, rasanya setakat ni tiada masalah. Cuma kehamilan kali ini, di awal-awalnya saya alami alahan mual-mual. Pada waktu ini saya masih terima apa saja tawaran. Tapi mungkin dalam masa beberapa bulan akan datang ni saya akan kurangkan sikit berlakon dan memilih watak yang benar-benar sesuai dengan keadaan saya nanti,” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Juliana juga berkata dia percaya rezeki ada di mana-mana dan populariti bukanlah matlamat utama wanita berusia 31 tahun ni yang sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air sejak diusia kanak-kanak lagi. Kali terakhir, dia muncul di televisyen menerusi drama Saka di TV3. Sebelum itu Juliana pernah mengendalikan program kanak-kanak Chicky Hour (TV3) dan program realiti So You Think You Can Dance (8TV).

“Bagi saya, tak mengapa saya tidak popular. Saya ada peminat saya yang tersendiri, saya pilih karakter yg sesuai dengan saya. Saya yakin saya ada kelebihan dan keistimewaan saya yang tersendiri.

“Mungkin saya tak glamor atau kurang dikenali. Tapi apabila pengarah memilih saya atau peminat meminati saya, ia adalah diatas kehendak mereka yang tersendiri. Kewujudan saya dalam industri mungkin hanya untuk segelintir pihak. Sesetengah orag suka, mungkin ada yang tak suka pada saya.

Saya pula tak boleh paksa orang untuk suka pada saya. Setakat ni alhamdullilah saya puas hati dan bangga dengan kerja yang saya lakukan,” ujarnya yang baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie Bertemu Kasih bergandingan bersama Zizan Nin serta baru saja selesai proses alih suara filem Stilt Gravy On Rice, arahan Datuk Zahim Al-Bakari.

Jual Pakaian Kanak-Kanak
Selain itu, pada bulan September depan, Juliana akan menjalankan perniagaan pakaian kanak-kanak yang diimport dari Bali, jenama Dande Lion. Menurutnya, idea mahu berniaga ini datang secara tiba-tiba ketika dia bercuti di Indonesia.

“Masa tu saya ke Bali, jadi masa shopping tu terjumpa jenama ni. Saya suka dengan hasil rekaan-rekaan jenama tu. Jadi saya tanyakan, ada tak jenama ni di Malaysia. mereka kata takder tapi mereka cadangkan pada saya untuk bawa jenama ni ke sini”, ceritanya bagaiamana tercetus idea untuk mengusahakan pakaian rekaan pereka Australia itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fouziah Gous Sahkan Berkasih Dengan Datuk Seri

Anak Bayi Sulung Zed Zaidi Selamat Dilahirkan