in , , , ,

Juliana Evans & Liyana Jasmay Hos Travelog FLY US TO ASIA

Kenali secara lebih dekat bandar-bandar utama di Asia Tenggara yang menjadi destinasi utama pelancongan bersama-sama dua selebriti popular, Juliana Evans dan Liyana Jasmay dalam travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Fly us To Asia” mulai 3 April ini, setiap Rabu, pukul 6.00 petang di TV Okey (Astro 109/MyfreeView 110).

Kenali secara lebih dekat bandar-bandar utama di Asia Tenggara yang menjadi destinasi utama pelancongan bersama-sama dua selebriti popular, Juliana Evans dan Liyana Jasmay dalam travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Fly us To Asia” mulai 3 April ini, setiap Rabu, pukul 6.00 petang di TV Okey (Astro 109/MyfreeView 110).

Makanan, riadah dan membeli belah, mengisi 13 episod program kembara yang singgah di Singapura, Laos, Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand, Kemboja selain turut menonjolkan keindahan negara Malaysia yang tercinta. 

Dua hos yang bersahabat baik menggunakan nama gelaran Juju dan Lily memulakan lawatan mereka ke Singapura berbekalkan wang sebanyak SD100 setiap seorang. Mereka perlu membelanjakan wang yang diberi dengan melakukan aktiviti membeli makanan, riadah dan buah tangan. Cabaran riadah, pengacara berbasikal di kawasan sebuah taman dan bermain skate board. Mereka kemudiannya menjamu selera nasi beryani ayam dan murtabak di Restoren Victory. Mengakhiri cabaran mereka berbelanja di pusat membeli belah Bugis Street.

HOS FLY TO ASIA

Keduanya meneruskan perjalanan mereka ke Laos memenuhi aktiviti yang telah dijadualkan. Mereka berkunjung ke Taman Air Terjun Kuangsi yang turut menempatkan beruang liar, makan di Restoren Nisha berbelanja di kedai cenderamata sekitar Taman Kuangsi.

Pengalaman manis kembara ke Jakarta dan menyahut cabaran dengan berbelanja besar di Pasar Mayestik di gedung pakaian Iko Bana Textile. Mereka menjamu selera masakan Minang di Restoren Pagi Sore dan minum kopi di Filosofikopi Café. Mereka seterusnya merehatkan minda sambil berdandan di sebuah SPA.

Malaysia juga terkenal pusat pelancongan yang mengujakan dan mereka berada di Melaka. Dalam menyahut cabaran aktiviti, mereka telah menaiki beca mengelilingi Bandaraya Melaka dan melihat pemandangan indah dari Menara Taming Sari. Seterusnya singgah di Restoren Selera Asam Pedas Zahrah dan berbelanja di Jonker Street.

Episod lima mereka ‘jalan-jalan’ ke Ho Chi Minh, Vietnam. Di sana mereka telah membuat barang-barang perhiasan tembikar daripada tanah liat dan singgah menikmati makan tengahari di Restoren Halal Amin di Jalan Malaysia. Selesai makan, mereka ke asar Cua Tay. 

Berikutnya episod di Manila, Filipina mereka santai berbuai di Flying Trapeze dan kemudian singgah menikmati makanan di Restoren Makanan Segera Halal Guys. Antara menu dicuba makanan Arab seperti falalel, shawarma dan gyro. Akhir sekali mereka berbelanja di Legacy Sunday Market.

Perjalanan mereka singgah di Jogjakarta, Indonesia dan bermula dengan mendaki tangga ke Candi Borobodur (Tapak Warisan Dunia). Mereka makan tengah hari di Restoren Bu Ageng. Selesai makan mereka bersiar-siar dengan menaiki beca dan berbelanja di toko yang terdapat di sekitar restoren. Mereka meneruskan perjalanan ke Gunung Merapi dan Gunung Kaliadan. Sempat singgah di beberapa tempat peninggalan sisa letusan Gunung Merapi pada tahun 2010.

Jelajah di Bangkok, Thailand membawa mereka menyusuri Pasar Terapung Damneon dan kemudian menaiki tuk-tuk berbelanja di Pasar Minggu Sam Lo Chatuchak. Mereka seterusnya singgah menikmati makan tengahari di Kedai Saman Halal. Selesai makan mereka bersiar-siar dengan tuk-tuk dan sambung berbelanja di Pasar Rot Fai.

Maih di Thailand mereka ke Krabi pula menyahut cabaran aktiviti, berekreasi di Flying Fox Freetop Adventurepark dan kemudian singgah menikmati nasi goreng tomyam di Restoren Makanan Laut Bangboo . Selesai makan mereka menaiki tuktuk dan berbelanja di Pantai Aonang.

Menarik di Pulau Cebu, Filipina mereka mengadakan aktiviti menyelam di laut dan melihat keindahan karang, berenang bersama penyu dan ikan sardin juga bersantai dan mandi manda di bawah pancuran air terjun Kawasan. Mereka seterusnya singgah menikmati makan tengah hari di sebuah kedai makan yang berhampiran.

Seterusnya di Kota Kinabalu, Sabah, mereka telah mencuba aktiviti flying fox di Mount Valley Recreation Kundasang dan seterusnya singgah menikmati makan tengah hari di Seafood Restaurant Kota Kinabalu. Mereka berbelanja di Pasar Kraftangan atau lebih dikenali dengan nama Pasar Filipina.

Perjalanan mereka ke Phnom Penh, Kemboja mereka menaiki tuk-tuk dan feri menuju ke Silk Island. Di sana mereka berpeluang mendengar penerangan mengenai cara-cara kain sutera diproses sehingga menghasilkan produk. Seterusnya singgah menikmati makan tengah hari di Wau Restaurant milik pengusaha Malaysia. Selesai makan mereka bersiar-siar dengan menaiki tuk-tuk dan berbelanja di Central Market.

Akhir sekali, mereka ke Phuket, Thailand menaiki pelampung yang ditarik oleh sebuah bot. Mereka seterusnya singgah menikmati makan tengah hari di Restoren Imperial yang menyediakan menu makanan Thai dan India. Kemudian mereka bersiar-siar dengan berjalan kaki sambil berbelanja di Malin Plaza dan Bangla Walking Street.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tuju K-Clique Pukul Kekasihnya, Loca B, Betul Ke?

Pembelajaran Online Percuma Sempena Penutupan Sekolah