in

Judika Lancar Single Terbaru Berjudul JADI AKU SEBANTAR SAHAJA

Bagi Judika, peminatnya memberi erti yang sangat penting dalam hidupnya. Kejayaannya meniti kerjaya di dunia muzik dan hiburan adalah hasil daripada sokongan daripada peminat setianya yang menyokong beliau sejak permulaan kariernya.

Oleh itu, dalam proses penghasilan album terbaru beliau, konsep pertama yang dicadangkan oleh beliau kepada pihak label adalah beliau ingin melibatkan peminatnya. Dengan itu, satu pertandingan penulisan lagu (song-writing competition), di mana para Judikaholic (nama “fans” Judika) yang mempunyai bakat dalam menulis lagu, diajak untuk mengirimkan karya-karya mereka.

JUDIKA

Judika Lancar Single Terbaru Berjudul JADI AKU SEBANTAR SAHAJA

[dropcap]P[/dropcap]ertandingan ini dianjurkan hasil kerjasama sebuah stesen televisyen tempatan yang selama ini telah menayangkan sebuah rancangan khas bertajuk “A Night with Judika”. Pertandingan ini yang telah berlangsung dari bulan April hingga Jun 2016 telah Berjaya mengumpulkan sebanyak 400 karya.

“Judikaholic amat bersemangat mengikuti rancangan ini. Saya dan kumpulan produksi saya berasa amat mencabar untuk memillih karya-karya yang diterima. Setelah menjalani proses pemilihan yang ketat, kami berjaya menentukan lima karya yang kemudiannya akan disertai ke dalam album terbaru saya nanti,” jelas Judika.

Salah sebuah lagu antara lima lagu yang dipilih berjudul “Jadi Aku Sebentar Saja,” hasil karyaan penulis lagu Drajat.

“Saya telah tertarik pada lagu ini sejak kali pertama saya mendengar demonya. Lagunya sederhana, tetapi menawarkan tema yang kuat,” jelas Judika lagi.

Penggubalan lagu ini dipercayai adalah hasil Tohpati, di mana di bawah tangan penggubal itu, lagu tersebut telah diubah menjadi lagu ballad yang indah, dengan isian orkestra, sehingga menjadi sebuah lagu rockestra yang cukup hebat. Dari demo versi aslinya, Judika telah mengubah bahagian bridge dengan versinya sendiri, sehingga karakter lagunya lebih sesuai dengan dirinya.




[pullquote align=”right”]Judika pun menghadapi cabaran untuk membawakan lagu ini dengan jangkauan nada yang tinggi pada beberapa bahagian lagu.[/pullquote]

[dropcap]D[/dropcap]ari pertandingan mencipta lagu, program ini diteruskan kepada pertandingan yang lain iaitu pertandingan untuk memilih model klip video. Peserta yang tersingkir pada babak pemilihan telah diundang untuk tampil live di program “A Night With Judika,” di mana mereka mempersembahkan kebolehan mereka untuk berlakon di depan kamera dan Judika sendiri yang bertindak sebagai jurinya.

Single “Jadi Aku Sebentar Saja” (JASS) ini mempunyai makna yang menarik dari sisi lirik lagu. Kalau dilihat dari aspek romantik, lagu ini merupakan lagu patah hati yang sedih menguis hati. Namun, dari aspek pandangan yang lebih universal, lagu JASS ini mempunyai pesanan yang positif, iaitu supaya jangan berasa iri hati dengan apa yang dimiliki orang lain.

“Sering kali kita melihat seseorang cenderung mahukan sesuatu yang tidak ada pada dirinya malah terdapat pada orang lain kerana mereka ingin menjadi atau mengikut jejak orang lain yang lebih berjaya daripada mereka, namun setelah kita berpeluang mengikuti jejak mereka, mungkin kita akan perasan bahawa kenyataannya seperti indah khabar dari rupa. Justeru, kita harus rasa bahagia dan bersyukur dengan apa yang kita miliki saat ini,” ungkap Judika.

Single “Jadi Aku Sebentar Saja” ini boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

DISKOGRAFI ALBUM JUDIKA:
• JUDIKA – THE BEST OF (2015)
• HATI & CINTA (2014)
• JUDIKA MENCARI CINTA (2013)
• SETENGAH MATI MERINDU (2010)
• ONE (2006)

JUDIKA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mini Konsert Amal & Pelancaran Album DANGDUT ASIA

The Voice Season 11: The Biggest & The Best Battleground Ever