in , ,

Judika Bakal Nyanyi Lagu Popular di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP)

Menjadi penyanyi lelaki Indonesia pertama menjayakan konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Judika menyifatkan undangan pentas berprestij itu suatu hadiah besar dalam karier seninya.

Menganggap segala-galanya umpama magis, Judika teruja beraksi dalam konsert yang bakal dipentaskan dua hari mulai 19 Oktober ini. Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan penyanyi terkemuka Indonesia Judika bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) pada hari Sabtu, 19 Oktober 2019 dan Ahad, 20 Oktober 2019 jam 8.30 malam.

Konsert ini adalah kolaborasi antara DFP dan Kelab Sukan Dan Rekreasi PETRONAS (KSRP). 

JUDIKA
Judika bersama Ahmad Muriz Che Rose (Konduktor MPO)

Judika mendedahkan dia mengambil masa yang lama untuk bersetuju sebelum menerima tawaran bagi menjayakan konsert solo ini.

“Pada awalnya, saya membuat carian dahulu di laman internet. Selepas itu, baru saya sedar, ia bukan persembahan biasa.

Sebelum ini, saya memang sering menjayakan persembahan tetapi saya diiringi dengan band.

“Band itu memang selalu bersama saya untuk mengadakan persembahan dan saya dah terbiasa dengan keadaan terbabit.

Untuk membuat persembahan berskala konsert dengan iringan orkestra, saya belum pernah lakukan lagi.

“Saya pernah menyanyi dengan iringan orkestra tetapi hanya untuk satu lagu sahaja. Jadi, saya ambil masa untuk fikirkan mengenai tawaran ini.

Akhirnya, saya bersetuju kerana mahukan pengalaman baru. Saya sahut cabaran ini dah mahu melakukan yang terbaik kelak,”

– Judika

PC Konsert Judika With the MPO Featuring Jaclyn Victor 19 & 20 Oktober 2019

Judika merupakan artis Indonesia kedua yang mengadakan konsert solo di dewan berprestij ini selepas Ruth Sahanaya yang mempersembahkan konsert solo pada tahun 2018.

Menjadi penyanyi lelaki Indonesia pertama yang beraksi di DFP, Judika berbangga kerana mendapat peluang keemasan ini.

“Ini peluang yang sangat bermakna. Saya melihat ia sebagai satu peluang untuk melakukan yang terbaik serta menyerlah potensi yang ada sebagai penyanyi.

“Lagu-lagu sudah disenaraikan, jadi semestinya saya akan menyampaikan seleksi lagu terbaik untuk menghiburkan mereka yang bakal hadir,”

– Judika

Sementara itu, Konduktor MPO, Ahmad Muriz Che Rose menyifatkan Judika sebagai salah seorang penyanyi lelaki Indonesia yang sangat berbakat.

“Sejujurnya, pihak kami juga teruja untuk menjalankan projek ini. Judika sangat berbakat dan kami tidak sabar untuk bekerja bersama menggarap muzik Judika bersama MPO.

“Semestinya lagu yang bakal dipersembahkan adalah lagu-lagu yang layak untuk dinyanyikan dengan iringan orkestra dan pastinya akan memberikan pengalaman indah kepada pengunjung kelak,”

– Muriz

Konsert ini bakal menyaksikan beliau memasuki senarai artis antarabangsa yang telah membuat persembahan di dewan yang terkenal dengan tahap akustika yang tinggi itu; mereka adalah Laura Fygi, Harry Connick Jr., Chris Botti, Diana Krall, Anoushka Shankar dan Larry Carlton, dan artis tempatan seperti Sheila Majid, Ella, Siti Nurhaliza, Yuna, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.

“Bagai suatu magis apabila saya didatangkan dengan peluang keemasan ini. Saya anggap ini sejarah peribadi dalam kerjaya seni, apatah lagi menjadi artis lelaki Indonesia pertama membuat konsert solo di DFP diiringi Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO).

“Saya percaya bukan mudah peluang ini diberi, apatah lagi DFP cukup selektif. Saya anggap ini hadiah besar untuk saya terus melakar kejayaan.

“Hakikatnya, saya teruja bagaimana agaknya kombinasi vokal yang terarah kepada rock apabila disatukan dengan muzik orkestra…

“Pasti momen luar biasa,”

– Judika

Konsert ini sejajar dengan matlamat DFP untuk menampilkan artis yang membawakan konsep nuansa muzik yang berlainan untuk menarik khalayak penonton yang berbeza. 

Judika yang baru muncul dengan single Cinta Karena Cinta memberitahu, tarikh konsertnya jatuh pada hari kelahiran anak sulung, Cleo Deomora Boru Sihotang, iaitu pada 20 Oktober ini.

“Selalunya, pada hari jadi anak atau isteri, saya tidak menerima tawaran kerja. Namun, kali ini, saya beralah, tidak mengapa.

“Sebagai ganti, saya akan membawa keluarga bercuti di Kuala Lumpur. Sambil bersantai, mereka boleh menonton konsert saya,”

– Judika

Lahir pada tahun 1978, Judika mencipta nama sebagai penyanyi setelah menduduki tempat kedua dalam beberapa pertandingan nyanyian seperti Asia Bagus (1998) dan Indonesian Idol (2005).

Bersama kumpulan acapella, Antero Boys, beliau memenangi anugerah ‘Cerbul de aur song Festival Rumania’ pada tahun 2000. Beliau mengeluarkan album perdana bertajuk One pada tahun 2007. Sehingga kini, beliau telah melahirkan enam album solo dan dua album kompilasi. 

Judika mempunyai senarai lagu-lagu hit seperti Bukan Dia Tapi AkuCinta Satukan KitaAku Yang TersakitiSampai Kau Jadi Milikku dan Jikalau Kau Cinta yang kesemuanya mendapat penghargaan di anugerah berprestij seperti Anugerah Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik. 

Pada tahun 2011, beliau menjadi vokalis kumpulan Mahadewa yang diterajui Ahmad Dhani sebelum meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2014. Selain dari nyanyian, Judika juga merupakan seorang pelakon yang telah membintangi 5 filem cereka.  

Diakui sebagai salah seorang vokalis lelaki terbaik Indonesia, Judika merupakan seorang penghibur yang kerap menjayakan konsert yang mendapat sambutan hangat; konsert terakhir beliau di Kuala Lumpur ialah pada tahun 2017. 

Konsert Judika di DFP akan menyaksikan lagu-lagu beliau dipersembahkan dalam gubahan orkestra oleh MPO.

Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini akan menampilkan vokalis hebat negara, Jaclyn Victor sebagai artis undangan.

Konsert ini akan menyerlahkan lagi versatiliti MPO dalam mengalunkan bukan hanya genre muzik klasikal Barat tetapi juga pop, jazz dan R&B. 

Setiap konsert akan berlangsung selama 120 minit termasuk rehat. DFP boleh memuatkan 920 orang pada satu masa. 

JUDIKA

Dapatkan Tiket Anda Sebelum Kehabisan!

Pembelian pakej tiket boleh dilakukan menerusi kaunter Box Office atau layari www.mpo.com.my. Pakej menarik ini akan memberikan pilihan konsert yang bervariasi untuk peminat-peminat muzik tempatan:

  1. RM888
  2. Satu (1) tiket Suite
  3. Satu (1) tiket Suite untuk konsert klasikal MPO
  • RM588
  • Satu (1) tiket Premium 
  • Satu (1) tiket Premium untuk konsert klasikal MPO
  • RM388
  • Satu (1) tiket A Reserve 
  • Satu (1) tiket untuk konsert klasikal MPO

Sebahagian dari jualan tiket konsert ini akan disalurkan kepada badan-badan amal seperti Dana As-Syakirin dan Rumah Kebajikan & Anak Yatim Darul Najjah (An-Najjah).

JUDIKA

Maklumat Persembahan

‘Judika With The MPO Featuring Jaclyn Victor’

Tarikh

Sabtu, 19 Oktober 2019 dan Ahad, 20 Oktober 2019 jam 8.30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS

Menara Berkembar PETRONAS

Orkestra / Konduktor / Vokal 

Orkestra Filharmonik Malaysia

Ahmad Muriz Che Rose konduktor

Judika vokal
Jaclyn Victor vokal

Harga Tiket

Suite: RM888, Premium: RM588 & A Reserve: RM388

Waktu Operasi Box Office

Selasa hingga Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada hari persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan

(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali pada hari konsert yang dijadualkan)

Tempahan Telefon: 03-23317007 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web MPOwww.mpo.com.my

Facebook: fb.mpo.com.my

Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

JUDIKA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Bersedia Memperkenalkan Perkhidmatan 5G

TV2 Siar Filem Klasik HAATHI MERE SAATHI