Anda telah menyaksikan pemergian Alwyn dari Project Runway Malaysia melalui cabaran minggu lepas iaitu mereka pakaian sukan. Pertandingan kini menjadi semakin sengit apabila empat finalis akhir – Fitri, Hatta, Alexandrea dan Felix merebut tempat sebelum dinobatkan sebagai juara Project Runway Malaysia yang akan ke udara secara eksklusif di 8TV pada 19 Oktober 2007, jam 9.30 malam!
Tema ‘inspirasi’ yang diberikan minggu ini kepada finalis Top 4 akan menyaksikan mereka dibawa ke Dato’ Bernard Chandran’s KL Plaza Store sebelum diberi taklimat tentang cabaran yang diberi. Setiap peserta harus menggunakan inspirasi dan motivasi di luar batasan kreativiti bagi menambat hati para juri.
Finalis Top 4 akan diberi Nokia 7500 Prism yang terbaru dan setiap peserta harus menggunakan telefon bimbit terbaru keluaran Nokia ini bagi merakam gambar-gambar yang dianggap dapat memberi sumber inspirasi bagi mereka pakaian yang dikehendaki.
“Sumber inspirasi adalah elemen penting bagi pereka-pereka muda ini kerana mereka sedang bertanding di antara satu sama lain sebelum dinobatkan sebagai salah seorang pereka fesyen tersohor di Malaysia. Salah satu sebab Nokia 7500 Prism dipilih ialah kerana ia merupakan koleksi terbaru yang sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan gaya hidup terkini. Nokia 7500 Prism merupakan jawapan yang tepat bagi menginspirasikan gaya hidup yang licik lagi sempurna,” ujar Joanne Foo, Pengurus Servis Pemasaran, Nokia Malaysia.
“Telefon bimbit Nokia 7500 Prism disasarkan kepada mereka yang mementingkan kesempurnaan dan gaya individualistik yang tersendiri. Selain dari bentuknya yang unik, warnanya juga terang. Hasil sumber inspirasi dan reka bentuknya yang modenis di samping ketelitian yang diterapkan, kami berharap para pereka fesyen ini akan mendapat inspirasi dari gajet yang disediakan dalam menghasilkan pakaian yang benar-benar dapat menarik minat barisan juri,” tambah Foo lagi.
Pada hari penjurian, finalis Top 4 akan mempersembahkan rekaan mereka kepada barisan juri yang diketuai oleh Dato’ Bernard Chandran, Asiah Mion dan Bernie Chan yang juga merupakan pengacara bagi rancangan Project Runway Malaysia. Setiap finalis dikehendaki untuk meyakinkan para juri melalui gambar-gambar yang telah diambil dengan menggunakan telefon bimbit Nokia serta mengadaptasikan inspirasi itu ke dalam hasil kerja kreativiti mereka.
Pengurus Besar Penjenamaan Kumpulan 8TV, Cik Airin Zainul berkata, “Episod pada minggu ini bakal menjadi salah satu episod yang ditunggu-tunggu! Anda bukan sahaja dapat melihat bakat terpendam dan kreativiti para peserta tetapi juga dapat menyaksikan pengumuman tiga finalis yang akan mara ke pusingan akhir,”
“Project Runway Malaysia merupakan projek yang memberi kami pelbagai pengalaman baru dalam mengendalikannya. Melalui sokongan padu dari pihak penaja seperti Poh Kong, Loreal dan Nokia pada episode ini serta individu-individu yang mempunyai nama gah serta disegani seperti Dato’ Bernard Chandran, Asiah Mion, Seema Viswanathan, Wirda Adnan, Aster Lim dan Bernie Chan telah menjadikan siri ini satu kejayaan yang sangat besar,” jelas Airin.
Bagaimana dengan ramalan anda? Siapa yang akan pulang pada malam ini ? Adakah Felix, Hatta, Fitri atau Alexandrea? Adakah pereka fesyen kegemaran anda akan bertahan dalam cabaran kedua terakhir dalam pertandingan ini?
Jangan lupa untuk saksikan secara eksklusif episod separuh akhir Project Runway Malaysia dan penyingkiran terakhir sebelum Finalis Top 3 yang terpilih bertanding merebut gelaran juara bagi Project Runway Malaysia. Siapakah bakal pereka fesyen tersohor yang bakal dinobatkan? Episod akhir akan ditayangkan di 8TV pada 9 November, jam 9.30 malam.
[tags]ulasan project runway, Juara Project Runway Malaysia Final Fitri, Hatta, Alexandrea, Felix, video klip youtube, Project Runway Malaysia Final, siaran langsung 8tv online, fesyen, world fashion, Nokia 7500 Prism review, what girls like fashion, relationship, romance, fashion weddings, tengku shaheera ilani tengku iskandar, kelas fesyen kl, kursus seni reka, uitm malaysia, busana muslim, busana pengantin, kelas solekan, tips andaman, Bernard Chandran, Asiah Mion, Bernie Chan[/tags]