in

Juara Pilih Kasih Terpaksa Jual Botol Sara Hidup

Dalam portal Mstar Online hari ini ada melaporkan nasib malang yang datang bertimpa-timba dalam hidup juara Pilih Kasih musim pertama iaitu Iqbal Mazlan apabila beliau melaporkan sudah putus tunang dan terpaksa bekerja sebagai penjual botol kerana kesempitan hidup. Kesian pulak Budiey baca kisah terbaru Iqbal. Patutlah dah lama tak jumpa Iqbal, rupanya beliau juga tidak menerima sebarang tawaran berlakon sudah hampir setahun lalu manakala hasratnya untuk berkahwin tidak menjadi selepas pihak wanita meminta pertunangan mereka diputuskan.

iqbal-mazlan

Lebih malang lagi apabila ibunya kini sedang menghidap penyakit kanser payudara, manakala dia sendiri mengalami kecederaan pada pinggang kesan akibat terjatuh ketika melakonkan aksi lagak ngeri untuk sebuah filem beberapa tahun lalu.

“Saya tidak mahu fikir negatif kenapa dia tinggalkan saya, mungkin kami memang tiada jodoh lagi dan hubungan juga sudah tiada lagi persefahaman. Dua bulan pertama kami putus, memang saya sangat kecewa kerana kami sudah berkawan hampir tiga tahun dan ketika saya berada dalam keadaan begini dan tiada tawaran berlakon, dia pula tinggalkan saya. Ibu juga ada berseloroh menyuruh supaya saya mandi bunga kerana malang yang bertimpa-timpa, tapi saya tidak percaya. Ibu saya masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Klang, dan saya juga tidak boleh terlalu aktif kerana cedera di pinggang kesan daripada jatuh ketika penggambaran filem Abuya beberapa tahun lalu.”

Sementara itu, katanya, dia terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara perbelanjaan seharian keluarga termasuk menjual nasi lemak dan mengutip botol di sekitar Klang dekat sini. Tambah Iqbal, dia reda dan menganggap musibah yang datang sebagai satu ujian daripada Allah.

“Ibu-bapa saya tidak bekerja jadi saya perlu mencari duit perbelanjaan lebih-lebih lagi anak angkat saya iaitu Adam yang sedang membesar. Dia pun dah berusia tiga tahun. Oleh itu saya terpaksa buat apa juga kerja yang halal termasuk jual nasi lemak, kutip botol dan tin kosong di tepi jalan untuk di jual. Saya ada juga hubungi pihak-pihak produksi yang pada mulanya ingin menawarkan saya berlakon tetapi bila tiba masanya saya cuba hubungi tidak pula dijawab.”

Tambah Iqbal, dia juga kini baru sahaja bekerja di sebuah gimnasium di Ukay Perdana, Ampang dan melatih pelajar-pelajar sekolah dalam seni mempertahankan diri pada setiap hujung minggu. – Sumber: Mstar Online

anak iqbal

Laporan 21 Disember 2011 sebelum ini, Iqbal Mazlan telah menafikan miliki anak luar nikah. Beliau menolak sekeras-kerasnya tuduhan dia mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan dengan bekas kekasihnya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Kata Iqbal, bayi diberi nama Muhammad Adam Zulkarnain itu sebenarnya anak kepada pasangan warganegara Filipina yang diberikan kepada keluarganya akibat desakan hidup.

“Saya tidak kisah dengan tuduhan orang yang memfitnah saya mempunyai anak luar nikah. Senakal-nakal diri ini, tak adalah sampai saya nak buntingkan anak orang. Lebih baik saya kahwin sahaja. Pada mulanya saya tak terfikir pun untuk jadikan Adam sebagai anak angkat saya tapi bila fikir masa depannya, timbul rasa kasihan sehinggalah saya terbuka hati untuk menjadikan dia anak angkat saya atas persetujuan keluarga. Dalam masa yang sama saya telah mengislamkannya. Itu lebih baik.”

Bersabarlah dalam setiap ujian Tuhan. Segalanya ada hikmah. Mungkin hari ini kita susah, esok kita akan senang. Hidup seperti roda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Avril Lavigne Black Star Tour Live In Malaysia

Senarai Artis Perform di Future Music Festival Asia 2014