in

Juara Mentor Musim Keempat, Mohd Mentor Buka Restoran Puakez Di Danau Kota

Bekas juara Mentor musim keempat, Mohd, 33, mengakui tidak bimbang untuk membuka cawangan kedua kedai makan Nasi Lemak Puakez di Taman Danau Kota di kala negara masih dihuni wabak Covid-19.

Jelasnya, keberanian terbit setelah isterinya, Nurul Asyiqin Zaini, 28, memberi pandangan dan dorongan yang bernas.

“Keberanian itu datang daripada isteri saya. Katanya kami suami isteri sendiri beli makanan menerusi aplikasi penghantaran.

“Kalau tidak boleh makan di premis pun orang tetap boleh membuat pembelian menerusi aplikasi tersebut.

“Jadi dari situlah saya rasa ada keyakinan untuk berniaga dan tidak bimbang,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan tempat, Mohd yang juga protege kepada penyanyi hebat, Ziana Zain, berkata, dia sudah arif dengan kawasan sekitar berkenaan kerana dia sendiri tinggal di sana.

“Di persekitaran saya ini hanya ada satu restoran sahaja berbanding di seberang jalan sudah ada banyak pilihan.

“Saya sendiri duduk di kawasan ini dan tahu ramai orang lalu lalang di sini,” ujarnya yang sama-sama menjalankan bisnes itu dengan komposer Iswandi.

Untuk rekod, cawangan pertama telah dibuka di Melaka sejak 2016. Manakala cawangan terbaharu akan mula beroperasi pada 1 Februari 2022 setiap hari kecuali hari Isnin, dari pukul 3 petang sehingga 12 tengah malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Kembangkan Bakat Seni Kreatif Anda Di 5 Pusat Seni Di Negeri Selangor!

Mesej Positif Di Dalam FASA Paduan Suara Hazama & Tuju