Jika dinilai pada prestasi persembahan mingguan setiap peserta Gegar Lawak, tidak boleh dinafikan kumpulan Kiut berada di senarai teratas. Enam minggu bersiaran, kumpulan trio ini telah empat kali menggondol anugerah ‘Man on Demand’ termasuklah pada minggu lalu.
Minggu suku akhir menyaksikan anak-anak didik Tauke ini bijak menggabungkan beberapa topik viral dalam persembahan mereka. Juri tetap merumuskan persembahan lawak kumpulan Kiut sebagai sebuah persembahan yang ‘ringkas, senang difahami, penuh dengan punchlines dan keceriaan serta sebuah persembahan penutup yang baik’.
Selepas penyingkiran Abe dan Testo pada minggu lalu, baki tujuh kumpulan peserta akan berentap di minggu separuh akhir dengan sebuah persembahan parodi bersama artis jemputan.
Mereka akan diadili oleh barisan juri tetap dan juga juri jemputan, Siti Elizad. Siapakah artis jemputan yang akan bersama-sama peserta menggegarkan pentas Gegar Lawak pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan.