in , ,

Jualan Ulang Tahun Ke-8 Lazada Kembali Dengan Lebih Hebat 27 Mac Ini

Platform eCommerce terkemuka negara, Lazada Malaysia akan menyambut ulang tahun mereka yang ke-8 minggu ini.

Bagi menghargai pengguna yang selama ini menyokong mereka tanpa putus, Lazada Brithday Sale yang berlangsung satu hari sahaja akan menawarkan free shipping untuk pembelian anda di samping harga termurah untuk produk yang anda mahukan.

Seperti juga jualan Lazada sebelum ini, tawaran Flash Sale yang menakjubkan akan dibuat sepanjang masa di aplikasi Lazada (iOS dan juga Android) merangkumi barangan dapur sehinggalah gadget terkini di pasaran.

Jualan Ulang Tahun Ke-8 Lazada Kembali Dengan Lebih Hebat 27 Mac Ini

Sambutan ini akan dimulakan dengan persembahan artis terkemuka negara secara live di TV3 pada malam 26 Mac 2020 menampilkan Dayang Nurfaizah, Ayda Jebat, Hael Husaini dan ramai lagi. 

Dengan majoriti penduduk Malaysia stay at home sehingga tamat tempoh Kawalan Pergerakan pada 31 Mac 2020, Lazada mahu memberikan pengalaman shopping terbaik buat rakyat Malaysia dengan mereka hanya perlu membuat pembelian di rumah sahaja. 

Lazada Birthday Sale akan bermula tepat jam 12.00 tengah malam 27 Mac 2020. Sementara menanti tarikh ini, Lazada turut hadir dengan fungsi Chup Dulu, di mana anda boleh locked terlebih dahulu barangan yang anda mahu bermula 13-26 Mac dan bayar pada 27 Mac nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Nyanyi Lagu Gemilang, Rayu Rakyat Duduk Rumah

COVID 19: Pendapatan Terjejas, Ramai Selebriti Terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan