in ,

Jualan Terbesar Maxis Tawarkan Peranti Terbaru dengan Harga RM1

Jualan Terbesar Maxis tawarkan peranti terbaru dengan harga RM1 dan plan pascabayar dengan data hingga 100GB

Pelanggan Maxis kini boleh menyambut musim perayaan Aidilfitri dengan lebih meriah. Jualan Terbesar Maxis telah bermula dan akan berlangsung selama tiga bulan dari sekarang, atau selagi stok masih ada. Pelanggan boleh mendapatkan telefon pintar baru pada hanya RM 1, dan boleh menikmati lebih banyak data dari pelan mereka secara kekal.

  • Nikmati Raya dengan promosi hebat semasa Jualan Terbesar Maxis selama tiga bulan bermula sekarang
  • Dapatkan peranti terbaru dari Samsung, OPPO, Vivo dan Huawei pada hanya RM1 dengan Maxis Postpaid
  • Pelanggan yang mendaftar untuk Maxis Postpaid dapat menikmati data berkelajuan tinggi hingga 100GB, sementara Share Lines dapat menikmati 30GB setiap satu

“Keadaan normal baru telah menyedarkan kita akan kepentingan bersalinghubung.

Kami di Maxis menyedari keperluan ini, dan untuk menggembirakan para pelanggan pada masa perayaan ini, kami telah menawarkan peranti terkini pada nilai yang luar biasa.

Dari individu, keluarga hingga ke perniagaan, tujuan kami adalah untuk membolehkan semua memiliki sesuatu pada era kesalinghubungan ini,”

– Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis, Maxis

Peranti Terkini Dengan Hanya RM1

Dapatkan peranti baru seperti Samsung Galaxy A21s, OPPO A92, Huawei Nova 5T dan Vivo V19 dengan pada hanya RM1! Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu menggunakan pelan Maxis Postpaid 98, 128, 158 atau 188.

Dengan promosi tersebut, pelanggan dapat jimat sehingga RM1,198 untuk peranti ini.

MAXIS

Pelan Maxis Postpaid Kini Dengan Lebih Banyak Data

Penggunaan data telah meningkat kepada kadar yang belum pernah terjadi sebelum ini sejak awal MCO pada 18 Mac, dengan pelayaran Internet, penstriman video, pesanan segera dan alat kolaborasi menyumbang sebahagian besar trafik ini.

Untuk memenuhi kehendak penggunaan data mereka yang tinggi, pelanggan boleh mendaftar pelan Maxis Postpaid untuk menikmati data berkelajuan tinggi hingga 100GB, serta panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.

Selain itu, pelanggan boleh menambah ‘Share Line’ dengan hanya RM48 sebulan dan menikmati 30GB data yang dapat dikongsi, membolehkan semua orang dalam seluruh keluarga menikmati sesuatu.

Sementara itu, pelanggan Maxis Postpaid dan Share Lines yang sedia ada juga akan menikmati lebih banyak data kerana mereka akan ditingkatkan secara automatik. 

Untuk sentiasa berhubung dengan data kediaman dan mudah alih tanpa had di semua peranti, pelanggan juga boleh mendaftar untuk Maxis Fiber dan menikmati pengalaman Internet tanpa risau.

Untuk menikmati tawaran RM1, sila lawati www.maxis.com.my/rm1deals

Untuk mendaftar pelan Maxis Postpaid dan mula menikmati lebih banyak data, sila kunjungi https://www.maxis.com.my/mobile-plans/maxis-postpaid/

Anda juga boleh lihat video kempen di sini https://youtu.be/rFMcTm5Gt7c

Jangan lupa juga untuk berkongsi tawaran hebat dengan rakan dan keluarga anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Primeworks Distribution Membawa Animasi Malaysia Ke Amazon Prime 

Cara Mudah Untuk Muatturun Aplikasi Kegemaran Anda Melalui Huawei AppGallery