in , ,

Dikritik Netizen Jual Baju Melayu Berharga RM1499, Ini Balas Rizman Ruzaini

Tidak lama lagi Aidilfitri bakal tiba dan kini banyak baju raya sudah boleh didapati di pasaran serta banyak jenama terkemuka yang menjadi pilihan ramai.

Sebelum ini, set baju Melayu yang dijual oleh Rizman Ruzaini telah dikritik oleh segelintir netizen kerana berharga RM1,499 sepasang.

Susulan tersebut, Rizman tampil memberi respon berhubung sindiran terhadap harga set baju Melayu dijualnya. Menerusi laporan, Rizman mengatakan bahawa meskipun penjualan baju itu dikecam berikutan harganya yang mahal, namun ia tetap laku kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Untuk pengetahuan anda, baju Melayu yang dimodelkan oleh penyanyi Hael Husaini dilaporkan telah ‘sold out’ setelah ia dipasarkan dalam tempoh kurang dua minggu.

Malah, baju Melayu RR edisi ‘luxe’ ini dijual dalam kadar yang eksklusif iaitu sekitar 500 hingga 1,000 pasang sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEGOLAND RAYA

Tema Balik Kampung di LEGOLAND® Malaysia Resort Untuk Beraya

Elizabeth Tan

Akhirnya Elizabeth Tan Dah Ada Lagu Raya Sendiri Berjudul RAYA CUN