in , ,

Jovian Anjur ‘Boxing Day’ Diskaun 90% Dengan Harga Semurah RM1

Menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri yang akan dirai tidak lama lagi, jenama fesyen terkenal, Jovian meneruskan tradisi jualan harga runtuh di dipanggil JBoxing secara dalam talian selain offline dan di butik fizikal bermula 11 April lalu.

Malah saban tahun, acara tahunan yang menghimpunkan penggemar jenama itu ke butik fizikalnya, JStore menawarkan barangan serendah RM1 selain diskaun 30 dan 90 peratus untuk semua koleksi baharu dan lama.

Tak ketinggalan kombo hijab tiga pasang RM100, pelitup muka serendah RM10 dan macam-macam lagi.

Jovian Anjur ‘Boxing Day’ Diskaun 90% Dengan Harga Semurah RM1

Menurut pengasas empayar jenama berdaftar di bawah syarikat JOVIAN Apparel Sdn Bhd, Datuk Jovian Mandagie, jualan runtuh ‘boxing day’ itu menjadi inisiatif membantu rakyat Malaysia menyambut Syawal dengan meriah tanpa perlu berbelanja banyak.

“Intipati utama jualan runtuh ini meraikan seisi keluarga. Saban tahun acara ini menghimpunkan ramai orang termasuk keluarga datang ke JStore.
“JBoxing dalam talian diadakan selama tiga bermula sejak 11 hingga 13 April. Boleh layari www.jovian.com.my dan www.shopee.com.my/jovianrtw.os untuk membeli.
“Kemudian diikuti pada 14 hingga 20 April pula jualan berlangsung di semua cawangan butik fizikal dan pop up Jovian,”

– Jovian Mandagie
Jovian Anjur ‘Boxing Day’ Diskaun 90% Dengan Harga Semurah RM1

Menurut Jovian lagi, JBoxing ini membuka ruang untuk penggemar jenama itu membeli-belah dengan bijak dan pada masa sama boleh berjimat.

“Justeru, JBoxing ini memang peluang keemasan yang tidak wajar dilepaskan. Bagi Jovianista (gelaran diberikan kepada peminat jenama Jovian), Aidilfitri tidak lengkap tanpa sambutan tahunan seperti JBoxing.

Jovian Anjur ‘Boxing Day’ Diskaun 90% Dengan Harga Semurah RM1

“Acara yang dinanti-nantikan ini merupakan pameran koleksi Jovian Ready-To-Wear (RTW) yang memberikan tawaran yang sangat menarik bagi semua peminat Jovian.
“JBoxing kali ini menyediakan pilihan yang sesuai untuk semua orang, menjadikannya acara yang tidak boleh dilepaskan. Ia menjadi susulan kejayaan memberangsangkan edisi tahun sebelumnya yang menyaksikan sambutan menggalakkan selepas kerajaan menarik balik PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),”

– Jovian Mandagie
Jovian Anjur ‘Boxing Day’ Diskaun 90% Dengan Harga Semurah RM1

Tambah Jovian lagi, JBoxing tahun ini menjanjikan koleksi yang lebih mengagumkan dengan menyaksikan sejumlah lapan butik fizikal mengambil bahagian untuk acara itu.

“Ia termasuk lima kedai baharu iaitu JStore Publika, JStore Pavilion Kuala Lumpur, JStore Berjaya Times Square, JStore IOI Putrajaya dan JStore Melawati Mall. Tak ketinggalan, tiga JStore terawal di Shah Alam, Bangsar dan Bangi.

KLIK PAUTAN INI UNTUK INFO LANJUT

“Peminat jenama ini pastinya dijangka berpusu-pusu dengan bersemangat untuk kedai Jovian, bagai gula dihurungi semut. Antara koleksi mencuri perhatian ialah koleksi Jovian Lebaran terkini sejak dahulu lagi.,” katanya yang juga bertindak sebagai Pengarah Kreatif Jovian Ready-To-Wear.

Serentak dengan JBoxing, jenama berkenaan turut menyertai karnival jualan Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur dan Absolutbazaar X Gaya Raya di MITEC.

Jovian Anjur ‘Boxing Day’ Diskaun 90% Dengan Harga Semurah RM1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tomok Kongsi Kronologi Kejadian Anak Tertumpah Cat Kuku di Butik Levi’s

Automatik Rasa Macam Shukri Yahaya! Netizen Puji Kualiti Iklan Raya Next Level