Dengan mendapat undian terbanyak 74 juta undi, tak syak lagi Jordin menjadi pertaruhan dalam industri muzik yang lebih segar dan urban. Terbukti, keupayaan Jordin membawa lagu This is My Now dengan lontaran vokal yang jauh lebih baik daripada Blake seolah lagu itu memang dicipta untuk Jordin. Tahniah Jordin!
Dalam usia 17 tahun, ini bermakna Jordin adalah juara paling muda dalam sejarah AI. Seolah dirancang, kebetulan juara Akademi Fantasia juga kali ini milik Mila yang juga mencatat sejarah antara pemegang gelaran juara paling muda. Kedua-dua juara ini saya kira ada kombinasi antara potensi dan bakat yang besar dalam industri.
Tahun ini, program TV paling popular itu memungut jumlah undian paling banyak kerana penonton diberi peluang mengundi lebih dari satu dan dapat menggunakan talian telefon. Namun, saya kira jumlah penonton agak berkurangan kerana AI dah macam lesu dan kurang hype di sana.
Saya tak dapat menyaksikan siaran ulangan finale American Idol malam ini kerana menghadiri Malam Pembukaan Pirates of the Caribbean: At World’s End di Cineleisure Damansara anjuran Nuffnang malam ni. Argh! Tengok dalam Youtube atau cuba download Torrent pun jadilah kan?