in , , ,

JOOX Membawakan Anugerah K-Pop Mnet Asian Music Awards 2020 MAMA2020

JOOX membawakan anugerah K-Pop terbaik dan popular MAMA (Mnet Asian Music Awards 2020 untuk tahun ke-5 berturut-turut dengan “live streaming” dan “VOD”, secara EKSKLUSIF untuk pengguna di Malaysia

Acara anugerahl muzik global MAMA 2020 yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung secara online untuk pertama kalinya sekaligus menjanjikan pengalaman unik dan berlainan.

Perkembangan budaya Korea yang melanda dunia sudah sepastinya tidak dapat disangkal lagi, terutamanya di 2020 ini dengan “Dynamite” BTS yang mendominasi dan mengukir sejarah di carta muzik Billboard; Blackpink yang telah memenangi hati para peminat dan juga jenama-jenama terkemuka dunia; dan juga filem “Parasite” yang berjaya merangkul kemenangan terbesar di salah satu anugerah perfileman berprestij.  

MAMA 2020 LOGO

Dengan kebangkitan budaya K-Pop di peringkat global, mari sama-sama mengakhiri tahun 2020 dengan meraikan bakat hebat industri ini menerusi artis-artis popular serta muzik mereka. Walaupun berhadapan dengan cabaran luar biasa tahun ini, Mnet Asian Music Awards (MAMA) kembali dengan lebih bertenaga dengan penganjuran secara maya untuk julung kalinya, sekaigus mengeratkan lagi hubungkan para peminat dan artis kegemaran mereka!

2020 MAMA Performing Artist Poster

JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya membawakan acara tahun ini untuk tontonan semua. Ini merupakan kali kelima secara berturut-turut anugerah K-pop berprestij MAMA 2020 disiarkan di JOOX, sekaligus membuktikan komitmen JOOX untuk menyumbang kepada peningkatan meteorik genre K-pop di peringkat Asia terutamanya di Malaysa.

Penyiaran MAMA 2020 akan memberikan pengalaman K-pop yang agak berlainan kerana peningkatan penggunaan teknologi AI yang lebih canggih, dan juga terdapat terjemahan sari kata secara serentak di JOOX yang di bawakan oleh teknologi AI, ianya untuk memastikan bahawa peminat tidak akan terlambat menonton momen-momen penting artis K-Pop kegemaran mereka dan juga dapat menikmati anugerah berprestij ini tanpa halangan bahasa.

Artis-artis K-Pop kegemaran anda akan tampil pada 6 Disember 2020 (Ahad) di MAMA 2020, yang akan dibawakan sepenuhnya secara online untuk julung kalinya di dalam sejarah penganjuran anugerah ini! 

NCT 2

BTS, GOT7, IZ*ONE, MAMAMOO, MONSTA X, NCT, SEVENTEEN, TOMORROW X TOGETHER, TREASURE, TWICE dan artis-artis popular K-Pop lainnya dijangkakan akan memberikan persembahan hebat di pentas MAMA 2020! Jumlah undian peminat dari seluruh dunia juga telah menunjukkan peningkatan yang 

sangat memberangsangkan dan membanggakan kerana ianya telah melebihi jumlah undian daripada tahun sebelumnya. Tempoh pengundian akan berlangsung sehingga 5 Disember di laman sesawang rasmi MAMA.

Anugerah MAMA tahun ini menjanjikan acara yang agak berlainan dan tidak seperti anugerah muzik lainnya kerana dengan tema “NEW-TOPIA”, MAMA 2020 bertujuan menyuntik semangat melalui kekuatan muzik kepada peminat muzik Asia terutamanya di Malaysia dalam menghadapi dunia baharu yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. 

Siapakah yang akan memenangi anugerah MAMA dan dinobatkan sebagai “Artist of The Year 2020” dan “Worldwide Fans’ Choice Awards”? Lagu hit manakah yang akan merangkul anugerah “Song of the Year” dan “Album of The Year”? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pemenang anugerah berprestij MAMA 2020 secara eksklusif di JOOX.

Twice 2

Para peminat muzik K-Pop di Malaysia berpeluang untuk memberikan sokongan padu kepada artis-artis kesayangan mereka yang tercalon seperti BLACKPINK, BTS, EXO, IU, Seventeen, TWICE, Zico dan ramai lagi! JOOX juga telah melancarkan katalog karaoke K-Pop terbesar di Asia baru-baru ini dimana peminat muzik dan karaoke dapat menyanyikan lagu-lagu kegemaran seperti lagu terbaharu Blackpink dan pada masa yang sama dapat juga memberikan sokongan padu kepada idola kesayangan mereka.

MAMA 2020 (6 December 2020, Ahad)  Red CarpetAward Ceremony
Malaysia3 PM local time5 PM local time

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia berkata,

“K-Pop telah berkembang lebih kuat dari sebelumnya dan telah menjadi fenomena budaya pop. JOOX tidak hanya bangga kerana telah membawakan MAMA, anugerah K-Pop berprestij tahunan ini untuk tahun ke-5 berturut-turut, tetapi kami juga sangat berbesar hati kerana dapat terus mengembangkan pustaka muzik dan katalog karaoke kami dengan trek K-Pop terhangat. “

Angie Tan

JOOX memberikan peluang para peminat muzik K-Pop untuk menonton berulang kali persembahan artis-artis kegemaran mereka dan penyampaian anugerah MAMA 2020 selama enam bulan melalui “video-on-demand (VOD)” di aplikasi JOOX! Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi dan menari dengan artis kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada!

Ikuti rentak lagu K-Pop terbaharu dan terhangat! Nikmati muzik K-Pop kegemaran anda dan persembahan langsung pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada dengan memuat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis K-Pop serta pertunjukan dan program baharu yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda.

Mengenai JOOX

JOOX adalah aplikasi muzik percuma yang diperbuat khas untuk pencinta muzik. Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu persendirian. Pengguna dapat menemui muzik baharu yang hebat dengan lagu dan stesen radio yang disyorkan yang sesuai dengan citarasa dan suasana hati anda. JOOX kini boleh didapati di iOS, Android dan Desktop (Windows / Mac), yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman muzik percuma yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana jua.

Mengenai Mnet Asian Music Awards

Mnet Asian Music Awards yang dipersembahkan oleh CJ ENM adalah anugerah muzik terbesar di Asia, yang diakui oleh para peminat muzik di seluruh dunia kerana persembahan dan produksi pentasnya yang megah dimana ianya menunjukkan kemampuan produksi Korea kepada khalayak dunia. Setiap tahunnya MAMA Berjaya menarik artis-artis terkemuka dan popular di Asia, seperti BTS, TWICE, MONSTA X, ITZY, dan GOT7, dan juga artis-artis antarabangsa seperti Snoop Dogg, Dua Lipa, dan Black Eyed Peas. MAMA bermula pada tahun 1999, dengan nama Mnet Music Video Daesang, kemudian ditukar  kepada Mnet KM Music Festival (MKMF), lalu berjaya memacu pertumbuhan industri muzik Korea. Pada tahun 2009, MKMF melalui penjenaaman semula sebagai Mnet Asian Music Awards. Pada tahun 2010, anugerah muzik ini  mula menjelajah Asia setiap tahun, dimana Macau menjadi bandar pertama yang dipilih untuk menjayakan acara berprestij ini. Di tahun 2011 acara ini telah diadakan di Singapura. MAMA telah diadakan di Hong Kong sejak 2012 bagi menyoroti populariti pan-Asia. Bermula pada 2018, MAMA telah memanjangkan acara ini yang sebelumnya berlangsung 1 hari, untuk menjangkau lebih banyak negara di Asia bagi mempromosikan pertukaran pasaran muzik yang berbeza di antara negara-negara Asia. MAMA juga memperluas kehadirannya sebagai acara anugerah muzik antarabangsa yang ikonik dengan membawa MAMA secara online di tahun ini kepada para peminat muzik. MAMA bukan sahaja menjadi anugerah penghargaan muzik akhir tahun yang signifikan, tetapi juga telah berkembang menjadi salah satu acara muzik antarabangsa  dengan persembahan hebat.

Mengenai CJ ENM

CJ ENM adalah syarikat hiburan dan dagangan terkemuka di Asia yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan. CJ ENM yang beroperasi sebagai syarikat hiburan terlibat di pelbagai perniagaan di seluruh spektrum industri termasuk media, muzik, filem (CJ Entertainment),pertunjukan seni, dan animasi yang menyediakan kandungan asli yang unggul ke pelbagai platform media. CJ ENM telah menghasilkan kandungan yang diakui di peringkat antarabangsa termasuklah filem Parasite yang memenangi Anugerah Oscars, muzikal Kinky Boots yang merupakan pemenang. 

Anugerah Tony, filem-filem box office yang memecahkan rekod seperti Roaring Currents, Extreme Job, Ode to My Father, serta drama siri televisyen popular seperti Crash Landing On You, Mr. 

Sunshine, Guardian: The Lonely and Great God, Grandpas Over Flowers, I Can See Your Voice dan banyak lagi. Untuk menawarkan pengalaman budaya korea terbaik ke seluruh dunia, CJ ENM juga mempersembahkan KCON dan KCON: TACT, festival peminat k-pop yang popular di dunia untuk meraikan Hallyu dan Mnet Asian Music Awards (MAMA), yang merupakan anugerah muzik terbesar di Asia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia & Tourism Malaysia Bekerjasama Tawar E-Baucar Cuti-Cuti Malaysia

Pelakon Filem JAI HO, Sana Khan Bernikah Dengan Ulama, Mufti Anas