Berita baik untuk peminat-peminat muzik tempatan. Hari ini, masa tengah surfing internet, Budiey ada berjumpa dengan portal baru Jomgig.com . Dengarnya, portal ni dari hari ke hari makin popular. Dah ramai artis dan selebriti yang masuk dan join. Tambahan pula, ianya bergerak aktif secara online dan kini semakin menjadi kegilaan peminat-peminat muzik tempatan.
Budiey dapat tahu juga Jomgig.com diwujudkan untuk menggalakkan penglibatan pendatang baru dalam arena muzik tempatan. Bukan setakat untuk artis indie je, juga ada menyediakan informasi dunia muzik “mainstream” dan luar negara. Budiey rasa, ini adalah langkah yang baik untuk mengangkat taraf muzik indie ini supaya ada “standard” dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
Perbezaan yang ada di jomgig.com berbanding laman web muzik tempatan yang lain ialah mereka menggunakan konsep web 2.0 dimana segala isi laman web ini boleh dikongsi dengan semua ahli jomgig.com.
Maksudnya sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan jika anda seorang artis atau bermain dengan mana-mana band, juga boleh mendaftar band, upload lagu dan video dan mempromosi artis atau band dengan mudah dan percuma. Wow… ini sudah bagus untuk mengetengahkan bakat anda! Ada berani?
Jika anda hanyalah peminat muzik pula, beratus-ratus lagu dan video yang telah di”upload” oleh beratus pemuzik di jomgig.com. Anda boleh mendengarnya online secara percuma.
Ahli jomgig juga boleh mendengar dan mengundi lagu-lagu pilihan mereka untuk membantu lagu-lagu tersebut berada di carta jomgig TOP50.
Selain itu, jomgig.com juga menyediakan “Jomgig Playlist” bagi ahli menghimpunkan lagu kegemaran mereka untuk didengari pada masa akan datang.
Untuk memilih lagu yang anda gemari, cuma klik “add to playlist” lagu-lagu yang diinginkan dari senarai atau pun semasa memainkan lagu tertentu.
Dengan nama jomgig.com, perkara pertama yang terlintas pada fikiran adalah informasi tentang gig-gig dan konsert-konsert di malaysia dan itu adalah satu lagi “feature” jomgig.com yang mana, anda hanya perlu klik pada “EVENT” dan di situ tersedia pelbagai jenis gig-gig dan konsert-konsert yang lengkap dengan informasi masa, tempat dan artis yang terlibat.
Bukan itu saja, jika anda mempunyai acara tersendiri, anda juga boleh mengiklankan acara anda secara percuma dengan menambahnya sendiri di “link” yang disediakan. Yang penting, daftar dulu di jomgig.com, okay?
Jomgig.com juga tidak lupa menyediakan ruang perbincangan dikalangan ahli menggunakan “feature” TALK yang berbeza dari ruangan perbicangan biasa.
Selain daripada topik perbincangan menggunakan “text”, dengan “TALK” jomgiggers boleh memasukkan imej, video dan audio yang boleh menghangatkan dan memperluaskan lagi topik perbicangan. Anda juga boleh berkenalan dengan rakan-rakan yang mempunyai citarasa muzik yang sama. Boleh bertukar-tukar fikiran dan boleh chit-chat.
Selain itu, jomgig juga menyediakan info-info dan artikel-artikel hebat mengenai dunia muzik masa kini dalam ruangan “ARTICLES & UPDATES”.
Untuk bulan April ini, jomgig.com melancarkan sebuah peraduan mudah dan menarik iaitu peraduan “I Like jomgig”.
Ia memberi peluang kepada semua ahli baru dan lama untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti perakam video JVC Everio dan Ipod Shuffle. Jadi, kalau nak hadiah, bolehlah join contest ni.
Kunjungi juga facebook page jomgig.com untuk tidak ketinggalan mengetahui perkembangan terkini tentang industri muzik tanah air.
Jom sertai jomgig.com sekarang. Marilah sama-sama menyokong industri muzik tanah air!