DIA mungkin lebih dahulu menerokai dunia nyanyian berbanding barisan penyanyi yang berada di tangga One In A Million (OIAM). Boleh jadi juga lebih awal daripada sesetengah penyanyi yang wujud dalam industri seni kita. Usia sembilan tahun, Nur Shahila Amir Hamzah telah merasai kesejukan berada di dalam studio rakaman untuk menghasilkan album. Seawal umur 13 tahun juga dia telah mempunyai album kedua dan bergerak dari pentas ke nyanyian show makan malam.
Namun segala sesuatu itu harus berubah. Mantan penyanyi cilik ini minta dikenali sebagai penyanyi yang bergerak ke dunia remaja. Lihat sahaja gaya transformasinya di pentas OIAM2. Kejutan bukan sahaja untuk yang sudah mengenali dirinya, malah ibu-bapanya.
“Saya dan suami berpandangan sesama sendiri ketika melihat Shila pertama kali berada di pentas. Lain sungguh gayanya,” ujar si ibu, individu paling rapat dengan Shila. Anak kesayangan penyanyi ND Lala ini memang sempat vakum untuk melakukan perubahan. Sementelah waktu itu juga dia berhadapan dengan satu peristiwa penting dalam hidupnya, menyelesaikan proses pelajaran dan menghadapi peperiksaan SPM.
Ketika vakum, Shila yang berasa bakatnya diwarisi oleh si ayah tidak hanya berdiam diri. Sewaktu itu transformasi dalaman sudah dirasainya sedikit demi sedikit. Namun jarak beberapa tahun dari album terakhir keluar tidak dianggap sebagai waktu singkat untuk menampilkan imej baru dirinya. Usia 18 tahun kini dianggapnya sudah boleh untuk masuk ke jajaran penyanyi remaja dan menyusun strategi untuk dilihat sebegitu. Bukan kejutan budayaMelihat imej baru yang dibawakannya tak sedikit juga yang mempunyai persepsi bahawa gadis muda ini terarah dengan kejutan budaya. Namun tidak bagi empunya diri. Dan transformasi bukanlah hal yang sulit buat Shila.
“Perubahan itu hal biasa. Tetapi tegas saya katakan bahawa ini bukanlah satu kejutan budaya. Ini adalah ekspresi dan kehendak yang lahir jujur dari naluri dalaman saya. Ia keluar begitu sahaja. Saya sendiri menganggapnya satu peningkatan dalam hidup. Dan ia cukup bagus untuk jadi orang yang lebih baik dari hari ke hari. Saya akui dahulu pergaulan saya kurang, kini saya sudah berhadapan dengan ramai orang.”
OIAM ternyata membantu hasrat Shila untuk terus ke hadapan. Pada mulanya kehendak untuk menyertai rancangan yang menyaksikan Suki sebagai pemenang musim pertama ini ditolak mentah-mentah oleh ibu bapanya.
Namun jelas kematangan membuatkan hati si ayah dan ibu lembut. Sempat ayahnya mengingatkan bahawa dia tidak akan masuk campur dalam hal ini. Cuma pesanan hikmat diberikan agar Shila sentiasa menguatkan diri dari segi mental dan fizikal.
“Saya akui inilah platformnya. Saya uji diri sendiri dan bereksperimentasi dengan muzik. Banyak pengalaman yang saya timba setakat ini. Untuk berada di fasa sekarang sudah cukup membanggakan malah mengejutkan diri saya serta keluarga. Ini pengalaman pertama saya berada di pentas ujian.”
Menang atau kalah? Apabila disoal tentang kemenangan yang bakal menyaksikan seorang individu membawa pulang wang berjumlah RM1 juta, Shila tidak menolak ia satu motivasi yang membantunya menjadi semakin baik setiap hari.
Siapa pun pasti menginginkan kejayaan dan ganjaran tersebut. Namun katanya sukar untuk menentukan siapa sebenarnya selera rakyat Malaysia.
Bagaimanapun tuah seorang anak Amir Hamzah mungkin, janji ayahnya jika ditakdirkan Shila tidak berjaya menyandang juara, album untuk Shila pasti akan dikeluarkan juga. Pasti.
KONSERT TOP 04, RABU (rakaman 20.02.2008) start 8.30 malam. Shilafc kumpul 8.00 malam di Plaza Alam Sentral. Pakaian hadir LELAKI baju putih PEREMPUAN baju hitam. Hubungi 60122424406. Dapatkan Tiket Anda Sekarang dengan PERCUMA.
Keterangan lanjut lawati www.shilafc.com
[tags]shilafc, shila website, shilafc.com, kelab peminat shila, sheila majid concert, nd lala, anak nd lala, gambar anak nd lala, ida nerina, harian metro, utusan malaysia, one in a million review[/tags]