in

JOM TERBANG DENGAN MALAYSIA AIRLINES – ALL-INCLUSIVE LOW FARES

Adalah satu hari tu, tak ingat dah tarikh bila, tapi dalam bulan Oktober yang lepas lah… Budiey ada dengar lah berita kat TV, syarikat penerbangan MAS buat kempen All-Inclusive Low Fares. Mulanya Budiey pun tak faham jugak, apa dia All-Inclusive Low Fares. Tapi lepas ajukan soalan kat sorang kawan Budiey… dia cakap ringkas je, Kata dia, … “Kempen tu macam… apa yang kita lihat itulah yang kita kena bayar!”

Ooo… baru lah faham. Masa tu, Budiey rasa nak beli tiket untuk berbulan madu selepas kahwin nanti. Ingat nak berbulan madu kat Koh Samui di Pulau Phuket dalam bulan 6 tahun depan. Jadi, Budiey rasa kena buat satu perancangan awal untuk booking tiket dari sekarang. Orang kata, kalau mau tiket lebih murah, booklah awal sikit, kan. Jadi, Budiey pun book tiket untuk ke Phuket. Hanya RM149 nett satu hala! Senang dan sangat murah!

Untuk info korang, pelanggan yang membeli tiket All-Inclusive Low Fares akan menikmati servis premium termasuklah jamuan hidangan enak dalam penerbangan, jadual yang selesa, bertolak pada waktu yang tepat, elaun bagaj 20kg, allocated seats dan banyak lagi.

Budiey bilang, kempen ini memang sesuai lah untuk pengguna. Yelah.. kadang-kadang kita serik bila kena bayar caj tambahan? Nak kena bayar itulah, bayar inilah. Macam-macam! Kalau boleh, memang kita tak nak tertipu dengan kos tersembunyi, tak gitu?

So, kempen ni boleh mengelakkan perkara dan tragedi sebegini dari berlaku.

Ramai kawan-kawan Budiey cakap, ada bagus jugak lah MAS buat servis dan kempen macam nih. Sebab pelanggan akan mengetahui jumlah keseluruhan bayaran yang mereka perlu bayar dan yang penting jumlah bayaran itu sama dengan jumlah yang terpapar di iklan.

Lebih senang kalau MAS buat macam ni. Kalau dah semua bayaran tu termasuk cukai, caj tambahan dan yuran, sudah tentu akan buat hati pelanggan lebih tertarik nak menggunakan lagi servis MAS.

Yang penting sekali, tidak ada kos tersembunyi… biasanya pelanggan kan gerun bila dengar kalau ada kos tersembunyi.. seperti fast boarding, bayaran makanan ketike dalam penerbangan dan macam-macam lagi lah.

ALL-INCLUSIVE LOW FARES. APA YANG MENARIK?

No more confused~! Budiey rasa ini kempen All-Inclusive Low Fares macam ni kira satu langkah bijak di mana ianya tidak lagi mengelirukan pelanggan yang mahu menempah tiket. Ini juga dapat menjimatkan masa korang yang tidak perlu berfikir panjang dan mengira kos sebenar yang sepatutnya korang bayar.

Paling Budiey suka ialah harga yang ditawarkan begitu rendah dan sangat murah. Lagi pun sangat berpatutan!

Malah, kalau nak dibandingkan dengan harga tambang penerbangan lain, MAS menawarkan harga paling murah setakat ini.

Eh, korang tau tau? Sekarang ini 2 juta tempat duduk sedang ditawarkan untuk tambang murah serendah RM54 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bahru, Kuantan dan Kuala Terengganu. Fuh! Murah tuuuuu….

Budiey kira ramai yang akan untung dengan tawaran All-Inclusive Low Fares yang ditawarkan oleh MAS ini!

JOM MELANCONG!

Eh korang nak bercuti? Atau nak habiskan cuti tahunan? Ha, Budiey rasa iniah masa yang tepat untuk korang semua pergi bercuti dan tempahlah tiket penerbangan anda dengan MAS sekarang!

Budiey dah pun tempah tiket untuk jalan-jalan makan angin sambil berbulan madu untuk tahun depan. Hehehe… senang je. Korang kena daftar dulu kat MAS website dan kemudian pilih tarikh, buat pengesahan dan buat payment guna kredit kad atau dengan cara lain. Semua panduan akan diberikan. Jadi senang je…

Ha, tak sampai 10 minit, Budiey dah siap buat pembelian tiket untuk tiket pergi balik untuk ke Phuket pada 10 Jun 2009 untuk dua orang. Hanya RM650 sahaja! Selepas pembayaran dibuat, satu email notifikasi Passengger Electronic Ticket akan dihantar. Budiey telah pun menerimanya.

Ingat, masa nak menempah tiket di website MAS, korang perlu perhatikan tambang dalam tulisan MERAH untuk menikmati tambang murah.

Tahun depan mungkin tahun yang indah sebab dapat terbang berbulan madu di Koh Samui, Phuket. Kat sana banyak tempat yang Budiey akan lawati. Itu belum kira lagi dengan aktiviti pantai macam snorkling dan main boat… huhu… memang best. Tak sabar nak terbang ke Phuket dengan menaiki MAS!

Korang nak ikut… jom… belilah tiket sekarang! Klik dan layari: MAS website

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008

Trivia: Perut Berisi Selebriti