Imran Ajmain menjemput orang ramai untuk menulis senikata untuk lagu terakhir dalam albumnya. Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang seni cipta lagu. Gunakan melodi dalam video YouTube ini, dan penuhkan sukukata dengan kata-kata. Senang saja!
- Tulis dalam Bahasa Melayu, dan penuhkan sukukata dengan kata-kata.
- Elak dari menggunakan perkataan “<strong>Cinta</strong>”, “<strong>Kasih</strong>”, dan “<strong>Sayang</strong>”.
- Terbuka kepada apa saja topik, tema dan tajuk. Lagu ini akan dinyanyikan sebagai duet antara Imran dan seorang artis wanita.
- Hantarkan ciptaan tersebut bersama dengan nama dan nombor HP kepada:[email protected] sebelum 12hb April 2009.
- Terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh berbahasa Melayu dimana pun mereka berada.
- Penulis lagu profesional, penerima anugerah untuk ciptaan lagu, dan artis tidak layak mengambil bahagian.
- Tiga lirik terbaik akan diterbitkan di blog Imran, dan hanya satu akan menjadi juara.
- Finalis akan dihubungi secara email/HP, dan juara akan diundang untuk sesi rakaman dan juga pelancaran album Imran dalam masa terdekat.
Struktur Lagu:
Verse
Verse
PreChorus
Chorus
Verse
Verse
PreChorus
Chorus
Bridge
Chorus (tidak dirakam dalam video)
Anda juga boleh mendengar/memuat-turun audio MP3 di http://www.myspace.com/imranajmain