in

Jom Sertai Peraduan Snap-Snap AJL27 Harian Metro

BERGAMBAR SECARA KREATIF & MENANGI RM10,000!
Jom Sertai Peraduan Snap-Snap AJL27 Harian Metro

[dropcap]B[/dropcap]ahang Anugerah Juara Lagu 27 kian terasa! Pasti ramai peminat di luar sana tidak sabar menantikan kemunculan anugerah berprestij yang akan bersiaran secara langsung pada 6 Januari 2013 nanti. Bagi menyemarakkan lagi debaran AJL27, pihak TV3 menganjurkan satu peraduan yang dikenali sebagai Peraduan “Snap-Snap” #AJL27 Harian Metro. Peraduan yang mendapat kerjasama Harian Metro ini dibawakan khas oleh HotFM dan TV3.

Peraduan Snap-Snap #AJL27 Harian Metro

[pullquote align=”right”]Peraduan “Snap-Snap” #AJL27 adalah anjuran TV3 dan Radio Rasmi AJL27, Hot FM dengan kerjasama Harian Metro. Menawarkan hadiah lumayan![/pullquote]

Bagi menyertai peraduan ini, peserta hanya perlu mengambil gambar dan menggayakan aksi paling kreatif dengan menggunakan prop, kostum atau barang-barang menarik bersama arca #AJL27 yang diletakkan di empat lokasi berbeza.

Kemudian muat naik gambar tersebut di Instagram atau Twitter menggunakan #AJL27. Empat lokasi tersebut seperti berikut:

Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor 23 Disember 2012 – 28 Disember 2012
Gerai MyTV3 Karnival Jom Heboh, Perkarangan Stadium Bukit Jalil 29 Disember 2012 – 30 Disember 2012
Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka 23 Disember 2012 – 30 Disember 2012
Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya Penang 23 Disember 2012 – 30 Disember 2012

Hanya seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang hadiah menarik berupa wang tunai RM10,000 dan cenderamata eksklusif AJL27. Di samping itu gambar pemenang akan dipaparkan di akhbar Harian Metro pada hari Isnin, 7 Januari 2013, sehari selepas Anugerah Juara Lagu ke-27 berlangsung.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai Peraduan “Snap-Snap” #AJL27 Harian Metro bermula 23 Disember 2012 sehingga 30 Disember 2012. Untuk maklumat lanjut sila layari www.anugerahjuaralagu.com.

Terma & Syarat:
• Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas.

• Peserta hendaklah menggunakan kamera lebih dari 5megapixel

• Peserta tidak dibenarkan mengubah suai gambar asli menggunakan sebarang aplikasi. (Photoshop, Instagram, dan yang lain-lain)

• Peserta perlulah muat turun gambar di laman social Twitter/Instagram dan sertakan hashtag #AJL27.

• Kakitangan kumpulan syarikat Media Prima Berhad dan keluarga terdekat mereka adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini. Media Prima Berhad mempunyai hak untuk meminta pengesahan identiti atau syarat kelayakan dan menganugerahkan secara zahir apa-apa hadiah hanya kepada para pemenang.

• Para peserta akan dimaklumkan melalui e-mel atau telefon (menggunakan butiran yang diberikan semasa penyertaan) dalam masa 1-2 hari selepas tarikh tutup.

• Keputusan para hakim adalah muktamad dan mutlak. Sebarang pertanyaan tidak akan dilayan.

• Semua hadiah tidak boleh ditukar dengan barangan lain.

• Wakil-wakil para pemenang yang hadir untuk mengambil hadiah hanya akan dibenarkan setelah pengesahan identiti wakil-wakil tersebut telah dilakukan oleh Media Prima Berhad. Media Prima Berhad berhak untuk menolak wakil-wakil tersebut sekiranya Media Prima Berhad kurang pasti terhadap kesahihan identiti wakil-wakil tersebut.

• Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju sepenuhnya dengan penggunaan nama, butiran dan gambarnya yang disiarkan secara online atau dalam program-program terbitan sendiri kumpulan Media Prima Berhad.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama LOBAK Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf di TV9

TV3 Siar Program Menarik Hujung Tahun 2012