in

Jom Sertai Make The Official Video

Sebagai syarikat pengurusan artis dan label muzik, Satu bersama-sama dengan Celcom UOX (XPAX) dan MDEC semalam secara rasminya telah melancarkan sebuah peraduan “Make The Official Video” (MOV) atau dalam bahasa Melayunya “Pembikinan Video Muzik”

Peraduan ini terbuka keada para pelajar di kolej-kolej & universiti-universiti di mana mereka berpeluang untuk menonjolkan bakat mereka dalam produksi. Ia juga memberikan platform kepada mereka untuk meningkatkan kredibiliti dan mutu kerja pada masa hadapan. Dalam masa yang sama artis yang terlibat juga mempunyai medium yang segar untuk dekat dengan para peminat.

Namun, matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan industri muzik kita menghasilkan video muzik yang berdaya saing di peringkat dunia seiring dengan perkembangan pesat industri komunikasi dan multimedia.

Pertandingan MOV terbahagi kepada dua peringkat. Peserta perlu menghantar cadangan membentangkan idea, konsep dan jalan cerita untuk video muzik. Berdasarkan konsep dan jalan cerita, tiga penyertaan akan dipilih dan seterusnya boleh memulakan pembikinan video muzik. Video yang berjaya akan dijadikan video muzik rasmi dan bakal merangkul RM10,000 tunai, sijil pengesahan dan album terbaru Azlan & The Typewriter “PETA MINDA”.

Sebagai salah satu sponsor untuk peraduan ini, Prabayar Xpax U.O.X (University of X) akan menawarkan tambahan wang tunai RM10,000.00 sekiranya pemenang adalah pengguna U.O.X. Dalam usaha menyokong bakat-bakat tempatan dan membawa muzik tempatan ke satu tahap yang baru, Xpax melebarkan sayapnya ke universiti melalui U.O.X dan juga melalui isi kandung portal Channel X.

Tarikh tutup penghantaran cadangan konsep dan jalan cerita ialah pada 22hb Mac 2010. Manakala tarikh akhir menyiapkan video muzik adalah pada 30hb April 2010.

Artis pertama yang akan terlibat dalam peraduan MOV ialah Azlan & The Typewriter (ATT), penyanyi yang mengenengahkan genre alternatif rock moden. Azlan merupakan bekas penyanyi kumpulan Meet Uncle Hussain. ATT lahir dengan gabungan sentuhan kemanusiaan dengan instrumen tradisional dalam mengeksprestasikan muziknya. “Typewriter” adalah simbolik kepada jiwa, minda dan kata-kata Azlan.

Berpaksikan kepelbagaian susunan muzik dan suaranya yang unik, kehadiran ATT dalam industri mampu memberikan kelainan dan pembaharuan kepada industri.

Gabungan lirik yang puitis dan melodi yang penuh warna menggambarkan keikhlasan ATT. Kini, ATT mempunyai dua Singles “Kelibat Si Penyair” dan “Gerak Hati” Kedua-dua lagu ini boleh diperdengar melalui www.myspace.com/azlanandthetypewriter

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Budak Lapok di RTM Cuti Sekolah Ini

8TV Menyerlah di Phoenix Awards