Acara ini yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia/PemastautinTetap dan juga pelari antarabangsa yang berumur 16 tahun dan ke atas sahaja, merupakan julung kali diadakan dan ianya sebahagian daripada kempen larian yang akan diadakan untuk empat tahun berturut-turut, sejajar dengan 4 konsep unsur alam semulajadi iaitu;
- Tanah2019
- Air2020
- Api2021
- Angin2022
Detiknya bakal bermula tidak lama lagi untuk Larian Eko Lumut 2019!
Tarikh: 02 Mac 2019
Tempat: Mula/Akhir: Sayap Jeti Lumut, Lumut, Manjung, Perak
Koordinat GPS: 4°14’10.5″N 100°37’56.3″E
Penganjur: Patriot Malaysia
Acara larian mesra keluarga ini dianjurkan oleh Patriot Malaysia dengan 5 objektif murni yang berterusan yang ingin disemai sebelum, semasa dan setelah berlangsungnya acara larian ini, seperti:
- Menghidupkan kembali semangat berkomuniti untuk menjaga, memelihara dan memulihara kawasan setempat
- Melibatkan semua pihak baik dari peringkat pelajar sekolah dan pengajian tinggi, kepada golongan dewasa dalam bersama-sama menggembleng tenaga serta idea dalam menjaga alam sekitar
- Memupuk semangat anak muda untuk memajukan ekonomi tempatan melalui pelbagai aktiviti perniagaan dengan mengambil kira kehadiran khalayak ramai yang datang berkunjung
- Menyegarkan kembali bandar Lumut sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dengan memposisikan Lumut kembali ke dalam calendar tahunan pelancongan Malaysia
- Mempromosikan industry desa dan warisan sekitar Lumut, Setiawan dan Manjung sebagai tarikan kepada pengunjung luar
Menurut YB Hasnul Zulkarnain Bin Abdul Munaim, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi negeri Perak, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan sememangnya mengalu-alukan penglibatan pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan anak-anak muda dalam pembangunan negeri Perak di samping menjaga eko-sistem flora dan fauna.
“LarianEko Lumut 2019 adalah salah satu inisiatif yang bagus sebagai aktiviti sihat untuk rakyat selain dapat mempromosikan Lumut sebagai destinasi pelancongan sekaligus dapat membantu memelihara alam sekitar”, tambah beliau.
Peta laluan untuk larian boleh didapati di laman Facebook Larian Eko Lumut 2019 di pautan: https://tinyurl.com/lumutecorun2019manakala maklumat lanjut berkenaan acara larian ini termasuklah yang berkaitan dengan kategori larian, yuran penyertaan, kutipan pek larian, ganjaran untuk pemenang dan lain-lain bolehlah dirujuk di laman pembelian tiket di pautan ini: https://www.ticket2u.com.my/event/12497
Tentang Patriot Malaysia:
Patriot Malaysia merupakan sebuah jambatan penghubung dan kumpulan sokongan terhadap semua individu, kumpulan dan pertubuhan yang lain. Patriot Malaysia diasaskan atas dasar cinta pada negara dan berorientasikan dengan semangat untuk membantu Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju.
Laman Facebook rasmi: www.facebook.com/LUMUTECORUN2019
Laman Instagram rasmi: @lumutecorun