in

Jom Pi Teroka Dan Kembara Destinasi Menarik

TEROKA DAN KEMBARA DESTINASI MENARIK DALAM NEGARA DI TV1

Malaysia, banyak lagi untuk diterokai dan segala yang menakjubkan di sini … kata-kata ini memberikan gambaran indah negara kita kaya dengan destinasi menarik perlu diterokai semua terutama di kalangan pencinta alam.

Segalanya dikongsi Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program terbaharu Jom Pi yang mengajak rakyat Malaysia untuk bercuti di negara sendiri sambil mencuba aktiviti-aktiviti yang dipaparkan. Diterbitkan oleh Unit Majalah & Dokumentari TV RTM, RTM Sabah dan RTM Sarawak, Jom Pi menemui penonton setiap Ahad, jam 7.00 malam di TV1.

pengacara Jom Pi memegang ular di lokasi Kuala Gandah

Jom Pi sebuah program berkonsepkan pengembaraan dan penerokaan dari sebuah tempat ke sebuah tempat yang menarik di serata Malaysia. Berlatarbelakangkan lokasi-lokasi yang memukau pandangan dengan suasana dan persekitaran yang menakjubkan.

Menampilkan pengacara Azura Zainal, Mohd Shamsul Shamsudin, Sohbierah Ghulabdin (Sabah) dan Sharnaz Saberi (Sarawak), program ini turut memperkenalkan individu yang mempunyai kepakaran dalam sesebuah bidang dan diiktiraf oleh badan-badan organisasi dan persatuan tetapi tidak berapa dikenali ramai. Rancangan terbaharu ini juga tidak ketinggalan untuk memaparkan keistimewaan dan keindahan budaya, adat dan sejarah setempat di samping mengenengahkan bakat dan kepakaran seseorang.

Sepanjang 13 episod siarannya, Jom Pi juga menarik perhatian penonton supaya tidak berganjak dari hadapan kaca televisyen dengan aktiviti-aktiviti dan sukan lasak yang harus dicuba oleh semua. Santai tetapi padat dengan informasi dan pengetahuan dan berupaya memupuk rasa menghargai dan cintakan negara serta semangat kerjasama dalam masyarakat Malaysia.

Antara topik yang diberikan tumpuan dalam program ini termasuklah Pakar Burung (Kuala Lumpur), Rock Climbing (Sarawak), Pakar Ular (Sabah), Jerry & Sape (Sarawak), Wreck Diving (Sabah), Pakar Gua (Kuala Lumpur), Nelayan Panau (Sarawak), Lembah Anum (Sabah), Merahap Hotspring (Sarawak), River Guide (Kuala Lumpur), Sompoton (Sabah), Pakar Gajah (Kuala Lumpur) dan Pembuat Perahu Lumba (Sarawak).

Kongsikan pengalaman menarik yang dilalui pengacara program ini setiap Ahad, jam 7.00 malam di TV1 untuk merasai keindahan bercuti di negara sendiri sambil mencuba pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

aktiviti di Kuala Gandah

pengacara mandi lumpur ketika pengambaran di Sabah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAXIS & SUTRA FOUNDATION Present Odissi Stirred

SYFY UNIVERSAL CHANNEL