in , ,

Jom Meriahkan ‘RIUH BENOR!’ di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak

Sama-sama kita hadir untuk memeriahkan ‘RIUH BENOR!’ yang akan berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya. Ipoh, Perak. Penganjur mensasar seramai 20,000 pengunjung, bantu semarakkan industri kreatif di Perak.

‘RIUH BENOR!’ edisi kelima program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM) menyasarkan seramai 20,000 pengunjung ke Perak selama tempoh acara berlangsung bermula pada 21 Oktober hingga 23 Oktober 2022 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya bagi membantu menyemarakkan lagi industri kreatif di negeri tersebut. 

Program KRKM yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Kumpulan MyCreative (MyCreative) bertujuan memperkasa penggiat dan usahawan industri kreatif tempatan di seluruh negara dan menghubungkan komuniti kreatif dengan masyarakat, mencerminkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan dalam memulihkan industri kreatif susulan pandemik COVID-19. 

Jom Meriahkan ‘RIUH BENOR!’ di Bandar Meru Raya. Ipoh, Perak

Justeru, pemilihan negeri Perak untuk KRKM kali ini amat bertepatan dengan objektif Kerajaan kerana negeri ini bukan sahaja tersohor sebagai sebuah negeri kaya dengan warisan budaya dan seni kreatif termasuk Rebana Perak, Tarian Belotah, pelbagai busana menarik, malah turut terkenal dengan pelbagai masakan tradisional seperti Nasi Lemuni, Ikan Pindang Daun Seniar, Kebebe dan banyak lagi. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Junady Nawawi, setakat ini, program KRKM telah dapat mewujudkan hampir 3,238 peluang pekerjaan serta menyokong 2,053 penggiat dan perniagaan industri kreatif dan bakal meneruskan momentum positif ini di Ipoh. 

Keseluruhan program KRKM dijangka mewujudkan lebih 7,000 peluang pekerjaan dan menyokong lebih 5,000 penggiat dan perniagaan kreatif tempatan di 14 lokasi serata tanah air. 

Jom Meriahkan ‘RIUH BENOR!’ di Bandar Meru Raya. Ipoh, Perak

Seperti juga program KRKM sebelum ini, ‘RIUH BENOR!’ bakal menyajikan pertunjukan budaya, persembahan muzik dan tarian, pameran seni, kedai pop-up, aktiviti komuniti, dan bengkel kreatif seperti bengkel membuat pasu daun konkrit, minyak wangi, tali gantung pokok, lilin soy wax dan mewarna topi.

Selain itu, pengunjung juga akan dapat menyaksikan persembahan istimewa artis ternama tanah air seperti Jaclyn Victor, TUJULOCA, Ning Baizura, Ruffedge dan ramai lagi. 

Terdahulu, program RIUH ini hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang, namun, sejak awal tahun 2022, telah terbang ke Johor, Sabah, Melaka, dan Kelantan melalui siri Kembara RIUH Keluarga Malaysia dan edisi keempat di Kelantan berjaya memecah rekod di mana 60,000 pengunjung hadir dan menyokong industri kreatif di ‘RIUH SOKMO! Bersama Celcom’. 

Jom Meriahkan ‘RIUH BENOR!’ di Bandar Meru Raya. Ipoh, Perak

Industri kreatif tanah air telah diiktiraf Kerajaan sebagai salah satu industri strategik berimpak tinggi yang diberi tumpuan khusus di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), dengan sasaran sumbangan sebanyak RM31.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025.

Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia merupakan platform yang mencipta peluang menjana pendapatan hasil kreatif dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara bagi mencapai sasaran ini. 

Kerajaan akan terus komited membantu menyemarakkan semula industri kreatif ketika peralihan ke fasa endemik dan amat prihatin tentang kepentingan industri ini dalam pembangunan negara. 

Justeru, usaha Kerajaan melalui agensi Kumpulan MyCreative ini terbukti berjaya menghimpunkan usahawan dan penggiat kreatif tempatan daripada 10 cabang industri kreatif, khususnya dalam membangunkan ekosistem kreatif tempatan melalui jalinan strategik seperti program KRKM yang menghubungkan usahawan serta penggiat kreatif tempatan dengan komuniti setempat. 

Untuk itu, seluruh Keluarga Malaysia di Perak dan negeri berhampiran dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada para usahawan dan penggiat kreatif tempatan di ‘RIUH BENOR!’. 

Mengenai MyCreative Ventures Sdn Bhd 

MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“MyCreative”/“Kumpulan MyCreative”) ditubuhkan dengan objektif untuk memajukan industri kreatif Malaysia melalui pelaburan strategik dan inovatif. Diperbadankan pada tahun 2012, MyCreative merupakan sebuah subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dibawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Kumpulan MyCreative terus menyokong industri kreatif melalui pengenalan unit-unit di bawahnya iaitu RIUH dan CENDANA pada tahun 2017. 

Berikutan pembukaan sektor kreatif, tumpuan Kumpulan MyCreative dipertingkat untuk memacu ekonomi jingga Malaysia melalui inisiatif pembangunan ekosistem yang disusun secara strategik, menerusi bantuan pembiayaan dan pelaburan inovatif, demi mencapai objektif utama untuk meningkatkan sumbangan ekonomi daripada sektor kreatif. 

Untuk keterangan lanjut mengenai MyCreative, sila lawati www.mycreative.com.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MARCELL

Konsert Marcell Dua Dekade Jadi Pertemuan Intim 20 Tahun Bersama Peminat

TEATER ASRAMA-RA

Teater Asrama-RA: Dorm Putra ACT II Angkat Isu Buli di SMK Mulia