in

Jom Meriahkan Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

[dropcap]M[/dropcap]inggu ini penuh dengan kejutan. Bukannya kejutan dari peserta-peserta yang pergi ujibakat Akademi Fantasia tapi ada kejutan lain yang lebih dahsyat dari tu. Di mana pada pagi ini, Budiey akan terbang ke selatan negara iaitu Johor Darul Takzim. Kemudian, Budiey akan terbang ke Singapura pulak lepas tu. Travel sakan la gamaknya ni.

Ya, hari ini, tanggal 5 Jun 2013, Budiey akan diterbangkan khas ke Johor Bahru untuk buat liputan menyeluruh di Majlis Pelancaran Kompleks Membeli Belah Little Red Cube (LRC) yang terletak di Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, Johor. Acara media launch LRC ni dijangka akan bermula jam 10 pagi ini. Doakanlah semoga Budiey akan selamat sampai ke sana.

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

[pullquote align=”right”] Carnival @ Little Red Cube akan berlangsung pada 5 hingga 23 Jun 2013. Anda semua dijemput hadir ya![/pullquote]

Mungkin ada yang tak berapa familiar dengan nama Little Red Cube ni. Jadi, mungkin dengan lawatan dan liputan Budiey di sana pada hari ini akan memberi gambaran yang jelas kepada anda semua tentang apa sebenarnya Little Red Cube ni. Apa yang bestnya kat Little Red Cube ni.

Jadi, Budiey nasihatkan, anda semua sudi follow Budiey di Twitter dan Instagram untuk mengikuti live updates dari sana ya. Twitter: @Budiey dan Instagram: Budiey.

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

Sebenarnya, Budiey sudah pun ke sana bersama keluarga dua bulan yang lepas. Tapi hanya sempat singgah di Hello Kitty Town, Restoran LAT’s Place dan Little Big Club sahaja. Memanglah, sehari tak cukup untuk lepak-lepak dan jalan-jalan kat Little Red Cube sebab kawasan dia sangatlah luas iaitu seluas 4.2 ekar. Seronok tu seronoklah jugak sebab dapat bersantai bersama keluarga dan anak-anak.

Diharapkan pada hari ini, Budiey akan dapat menerokai kesemua kawasan Little Red Cube ni. Sebabnya, macam-macam ada kat sini. Budiey dikhabarkan ada 88 pusat membeli belah yang menjual macam-macam keperluan, ada tempat untuk hiburan sekeluarga, tempat makan dan restoran serta hotel.

Setelah beberapa lama dibina dan kini, Budiey kira 100% outlet telah selamat dibuka sepenuhnya untuk orang ramai menjelang pelancaran karnival yang akan diadakan pada hari ini, 5 Jun sehingga 23 Jun ini sempena meraikan pengunjung-pengunjung terawal. Jadi, kepada korang yang nak jadi pengunjung paling awal menjejakkan kaki di Little Red Cube, haaa Budiey sarankan anda semua bolehlah mengunjungi Carnival @ Little Red Cube yang menawarkan macam-macam aktiviti menarik. Antaranya, hiburan bersama badut & pelawak, mencari harta karun, lukisan karikatur, live entertainment, jumbo sumo wreslting dan lain-lain lagi. Pendek kata, semua aktiviti ini sesuai untuk semua, tak kira peringkat umur mahu pun anda yang bujang dan anda yang dah pun berkahwin serta ada keluarga.

Semua dijemput hadir di karnival ini. Kalau boleh la kan, nak datang tu, jangan la datang seorang, nanti bosan. Apa kata datang sekali dengan keluarga dan kawan-kawan, barulah happening. Tak gitu?

Untuk info lanjut, apa kata anda layari Facebook Little Red Cube: facebook.com/littleredcube dan juga laman sesawang Little Red Cube: www.littleredcube.com

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mcdonald’s Olympic Day Run Registration

Versus Musim Kedua Capai 1 Juta Penonton