in

Jom #MakanMakanMalaysia bersama Grab pada Hari Malaysia

Grab menyatukan rakyat Malaysia melalui kecintaan kita terhadap makanan menerusi aplikasi harian tumpuan ramai.

  • Nikmati hidangan kegemaran rakyat Malaysia dengan potongan 31% melalui GrabFood dan GrabPay.
  • Grab menggalakkan pengguna untuk meraikan Hari Malaysia bersama golongan kurang bernasib baik dengan cabaran di GrabRewards. 

Sekiranya terdapat satu perkara yang menyatukan rakyat Malaysia, ia pastinya kecintaan dan semangat kita terhadap semua sajian yang enak dan memberikan kepuasan. Sungguhpun kita mungkin masih tidak bersependapat nasi lemak manakah yang paling sedap di bandar atau jenis durian yang terbaik, namun tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia tidak pernah mendiskriminasikan makanan yang lazat.

merdeka19_inboxpush

Sehubungan itu, Iris Chang, Ketua Pemasaran Negara, Grab Malaysia memaklumkan bahawa pada tahun ini Grab memilih untuk menyatakan kebanggaan dan semangat patriotisme mereka dengan meraikan elemen yang benar-benar menyerlahkan keunikan Malaysia: iaitu kepelbagaian cita rasa rakyat Malaysia yang penuh warna-warni serta kaya dengan rasa.

“Sebagai aplikasi harian rekaan tempatan, Grab meraikan Hari Malaysia dengan tema #MakanMakanMalaysia untuk menyatukan rakyat, membolehkan kami lebih mudah untuk memuaskan selera rakyat negara ini.

Tanpa mengira latar belakang atau kedudukan kita di Malaysia, kita digabungkan oleh selera tempatan yang unik, kerana kita tidak pernah ketandusan makanan yang lazat. Sesungguhnya makanan yang hebat tidak mengenali sempadan.

Keraian makanan ini tidak hanya mengenai cara kami menggunakan platform kami untuk menghimpun rakyat Malaysia bagi meraikan Hari Malaysia, tetapi #MakanMakanMalaysia juga merupakan satu jemputan kepada semua pelanggan, merentasi batasan kaum dan etnik, untuk menyertai dalam keraian, pada masa yang sama, memberikan kemudahan dan ganjaran bagi mereka untuk menikmati sajian kegemaran tempatan mereka,”

Iris Chang, Ketua Pemasaran Negara, Grab Malaysia

Terokai kelazatan Malaysia

Untuk memulakan keraian #MakanMakanMalaysia adalah paparan video Hari Malaysia yang dinamakan‘Terokai kelazatan Malaysia’

Video berkenaan memaparkan keindahan Malaysia melalui aktiviti senggang kegemaran setiap rakyat negara ini: merapatkan hubungan di gerai mamak sambil menikmati kepelbagaian hidangan popular Malaysia.

Video pendek itu meneroka pelbagai lanskap disebalik hidangan tempatan yang memukau selera melalui sudut pandangan pelancong asing.

Klik DISINI untuk menjamu pandangan (dan selera) anda menerusi tontonan video ‘Terokai kelazatan Malaysia’ Grab Malaysia.

Puaskan Selera Tempatan Anda

Sama ada ia sepinggan nasi lemak pedas, hidangan nasi daun pisang yang menyelerakan atau semangkuk cendol, kita pastinya mempunyai pilihan yang meluas apabila melibatkan makanan. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya menikmati hidangan di luar boleh membebankan kemampuan kewangan. Oleh demikian, raikan Hari Malaysia dan #MakanMakanMalaysia bersama GrabPay dan GrabFood menerusi promosi-promosi mesra dompet seperti berikut:

  • GrabFood: Nikmati potongan 31% (sehingga RM31 menerusi perbelanjaan minimum RM25) dengan kod promosi HOTDEALS bagi pelanggan di Lembah Klang dan HOTDEALS31 untuk mereka di luar kawasan Lembah Klang. Promosi ini sah dari 26 Ogos hingga 6 Oktober 2019.
  • GrabPay: Nikmati rebat 31% sehingga RM10 tanpa sebarang perbelanjaan minimum. Promosi sah dari 26 Ogos hingga 30 September 2019. 

Antara jenama-jenama kegemaran tempatan yang mengambil bahagian dalam keraian selera ini termasuk Lim Fried Chicken, Hayaki, Penang Teochew Chendul, Devi’s Corner dan banyak lagi!

Menghimpun rakyat Malaysia demi kebaikan

Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Malaysia dan meraikan semangat inklusif, Grab juga menghimpun rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan kelainan upaya kerana golongan ini masih merupakan sebahagian penting dalam komuniti.

Oleh demikian, mulai 26 Ogos hingga 22 September, aplikasi Grab akan memaparkan cabaran ‘The Malaysian Juggernaut’. Bagi setiap cabaran yang berjaya diselesaikan, Grab akan menyumbang RM3.18 kepada Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah. Sumbangan tersebut akan dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah taman permainan keperluan khas bagi memastikan kanak-kanak terlibat dapat menikmati kegembiraan bermain di luar dalam keadaan yang selamat dan dilindungi.

Selain itu, para pengguna yang menyelesaikan cabaran berkenaan akan menerima ganjaran potongan RM5 bagi tempahan GrabFood mereka yang seterusnya, selain 318 Poin GrabRewards. Pengguna hanya perlu untuk membuat dua daripada tiga transaksi Grab melalui aplikasi sama ada untuk tempahan GrabFood, pembayaran GrabPay dalam kedai atau khidmat pengangkutan GrabCar untuk melengkapkan cabaran berkenaan.

Menjelas lanjut, Chang berkata, sebagai sebuah aplikasi harian yang memenuhi segenap keperluan rakyat Malaysia, Grab juga ingin menghimpunkan rakyat untuk meraikan dan menyokong kumpulan-kumpulam komuniti yang berbeza, khasnya mereka yang memerlukan bantuan untuk membantu mereka memperbaiki kebajikan diri masing-masing.

“Inilah sebab kami mewujudkan cabaran yang menyeronokkan tetapi bertujuan untuk mendorong pengguna kami beramal pada Hari Malaysia dan bersifat inklusif dalam meraikan hari yang bersejarah ini.

Menerusi cabaran ini, bersama-sama sambutan #MakanMakanMalaysia, kami tidak hanya memberikan ganjaran yang lebih baik pengguna untuk meraikan hidangan tempatan tetapi untuk menggalakkan mereka untuk beramal kepada komuniti menerusi aplikasi kami,”

Iris Chang, Ketua Pemasaran Negara, Grab Malaysia

Untuk maklumat lanjut berkenaan #MakanMakanMalaysiaGrab, sila layari laman: grb.to/MakanMakanMalaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Ragbi Terbesar Kembali Gegarkan Peminat di Johor

“Saya Dah ‘Move On’, Netizen Yang Tak ‘Move On'” – Rita Rudaini