in

Jom Ke Panggung Musim Ketiga di TV2

[dropcap]H[/dropcap]ari ini, sebelah pagi ada Prebiu Filem The Host di GSC Mid Valley. Semalam, Budiey sempat menonton filem Langgar. Boleh tahan jugak. Filem aksi mengisahkan dendam seorang pemuda yang kematian isteri dan gangsterism. Tiap hari tengok wayang, mengingatkan Budiey pada sebuah program Jom Ke Panggung (JKP) yang melabuhkan tirainya November lalu, khabarnya sekarang kembali menemui penonton dengan penampiln yang lebih mantap bagi menghargai sambutan yang menggalakkan daripada penonton dan pencebur industri filem tempatan.

flyers

JKP merupakan satu-satunya rancangan televisyen tempatan yang memberi fokus secara keseluruhan kepada perkembangan industri filem tempatan, disamping sedikit berita antarabangsa bagi mempelbagaikan maklumat.

Jelas Pengerusi Filem Nasional (FINAS), Datuk Md Afendi Haji Hamdan,

“Peluang dan kerjasama harus diberikan kepada rancangan-rancangan seumpama ini kerana FINAS sentiasa memandang serius dan menyokong apa sahaja aktiviti mahupun rancangan televisyen demi memartabat dan memajukan industri filem tempatan. Ini selari dengan hasrat kerajaan memajukan sektor industri filem. Malah program-program televisyen seperti JKP bukti sokongan terhadap dana yang diperuntukkan kerajaan untuk industri perfileman tanahair setiap tahun.”

Berbeza dengan dua musim sebelum ini, JKP 2013 menjanjikan nafas baru; lebih bertenaga dan padat dari segi pengisian informasinya. Atas persetujuan antara RTM dengan Fantasy Films Sdn Bhd, tiga segmen baru bakal diperkenalkan, iaitu Legasi Panggung, Fakta Panggung dan Selidik Panggung.

Kata Pengarah Fantasy Films Sdn Bhd, Encik Jasman Kammin,

“Idea segmen Legasi Panggung tercetus atas kesedaran bahawa ramai pelakon, pengarah atau penerbit yang bertumpu kepada industri filem sebagai kerjaya, meneruskan legasi masing-masing dengan memperkenalkan ahli keluarga bagi bersama-sama memartabatkan industri yang diceburi. Pepatah ‘Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ cukup memberi gambaran jelas tentang industri filem kita. Contohnya, keluarga Dato’ Yusof Haslam yang legasinya diteruskan oleh anak-anaknya, Shamsul Yusof dan Muhamad Syafiq Yusof. Bagi Dato’ Hussein Abu Hassan pula, legasinya adalah Faizal Hussein yang meraih gelaran Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25, sementara Shaheizy Sam mewarisi bakat ibu dan kakaknya, dan banyak lagi.”

Mengulas lanjut, katanya segmen ini bertumpu kepada bakat, minat dan titik mula penglibatan mereka di dalam industri perfileman.

Fakta Panggung pula membongkar informasi yang jarang diketahui umum seperti panggung wayang tertua di Malaysia. Ia diselidik dan dipersembahkan dalam suasana santai dan bersahaja, untuk santapan minda penonton.

Manakala segmen Selidik Panggung mengupas secara mendalam isu-isu terkini yang melanda industri perfileman tempatan. Pendekatannya lebih intelektual, namun ringkas dan padat.

Pada masa sama, JKP mengekalkan segmen-segmen Pecah Panggung, Akan ke Panggung, Projektor, Gosip Panggung, Buletin Panggung dan Anak Wayang pada musim ini.

Selaras penambahan kandungan baru, JKP turut tampil dengan wajah dan imej baru. Grafik berwarna keemasan dan kelabu menyerlahkan kematangan yang selari dengan identiti dan kehendak penonton. Gabungan grafik tiga dimensi (3D) pula menyokong persembahan JKP yang pantas dan padat.

Sementara itu, Ketua Pengarah FINAS, Raja Rozaimi Raja Dalnish Shah yang bakal tampil dalam episod pertama JKP Musim 2013 memberitahu,

“Bukan hanya pelakon dan pengarah yang legasinya dipaparkan dalam program ini, malah JKP juga harus diberikan peluang dan ruang berterusan dalam mencipta legasinya tersendiri demi kemajuan industri filem tanahair.”

“Kemajuan pesat dan kenaikan kuantiti secara mendadak saban tahun filem tempatan adalah satu cerminan positif terhadap industri ini, dan sokongan rancangan televisyen seperti JKP secara kolektif adalah pelengkap kepada industri ini.”

JKP dalam pada itu mengekalkan pengacara dua musim terdahulu, Nasarudin Habibur Rahman atau lebih dikenali sebagai Naz, yang berperwatakan ceria dan bersahaja. Keupayaannya selain persembahan mantap, mampu mengikat semua segmen dalam JKP.

Pencapaian JKP Musim 1 dan Musim 2 cemerlang sehingga mencatat hampir satu juta penonton. Justeru, Fantasy Films Sdn Bhd sekali lagi diberi kepercayaan meneruskan kesinambungan JKP bagi menghasilkan 26 episod seterusnya untuk siaran 2013.

JOM KE PANGGUNG, Nadi Filem Tempatan Musim 2013 bakal mengambil tempat di kaca televisyen pada setiap Ahad, 10.00 malam mulai 7 April ini di RTM2.

Raja Rozaimi Raja Dalnish ShahDSC_0105

DSC_0179

DSC_0051b

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Sebenarnya Saya Isteri Dia Lakonan Tiz Zaqyah & Izzue Islam

Video Najwa Latif Berduet Dengan Wang Lee Hom di Malaysia