in

Jom Ke Jelajah Zon Fear Factor di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya

JELAJAH PROMOSI ZON FEAR FACTOR TERIMA SAMBUTAN HEBAT
Sahut cabaran Fear Factor serta beramah mesra bersama barisan selebriti di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya hujung minggu ini!

[dropcap]S[/dropcap]etelah menerima sambutan dan maklum balas yang amat menggalakkan daripada orang ramai di dua lokasi terpilih sebelum ini, pihak Astro kini meneruskan lagi sesi jelajah promosi Zon Fear Factor ke lokasi yang seterusnya. Kali ini pihak Astro akan berada di utara tanah air iaitu bertempat di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 12 & 13 Januari 2013 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

IZ Fear Factor

Antara barisan selebriti terlibat yang akan turut hadir bagi memeriahkan sesi jelajah promosi Zon Fear Factor di lokasi hujung minggu ini termasuklah Farish Aziz, Aliff Hadi, Roslan Shah, , Hairul Azreen, Zoey Rahman, Atu (Raja Lawak), Zawen Anwar (Hero Remaja), Hafizul (On Air), Alam Wakaka serta Mejar Dr Faiz.

Pengurus Saluran Astro Ria; Raqim Ahmad berkata,

”Sebelum ini, Zon Fear Factor telahpun memulakan sesi penjelajahannya di dua buah lokasi selama dua minggu berturut-turut iaitu bertempat di Sunway Pyramid (Selangor) pada 15 & 16 Disember 2012 serta di Dataran Teluk Chempedak (Kuantan) pada 22 & 23 Disember 2012 yang lalu. Acara yang diadakan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu ternyata berjaya menarik perhatian penduduk negeri-negeri tersebut untuk datang beramai-ramai demi merasai sendiri sekaligus menyahut cabaran Fear Factor di samping dapat beramah mesra bersama barisan selebriti yang turun padang untuk memeriahkan lagi acara tersebut.”

Menerusi acara jelajah promosi Zon Fear Factor, pelbagai aktiviti lasak dan mencabar telahpun disusun rapi khusus untuk penyertaan oleh orang ramai yang ingin merasai sendiri dengan lebih dekat pengalaman menyahut cabaran Fear Factor selain dapat beramah mesra dengan barisan selebriti yang turut sama hadir di acara tersebut kelak.

[pullquote align=”right”]Jom Ke Jelajah Zon Fear Factor di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 12 & 13 Januari 2013 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.[/pullquote]

Cabaran-cabaran yang harus mereka tempuhi itu juga pastinya memerlukan keberanian, ketabahan minda dan kekuatan fizikal selain dapat memupuk keyakinan diri setiap peserta. Tambah menarik lagi, orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah istimewa seperti iPad Mini, iPhone 5, Xbox Kinect dan cenderamata khas Fear Factor yang kesemuanya bernilai lebih RM10,000.

Terdapat dua peringkat cabaran dalam acara Zon Fear Factor yang bakal menanti para peserta kelak. Dalam Cabaran 1 (Cabaran Permulaan), para peserta harus melalui halangan pertama untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Manakala dalam pusingan Cabaran 2 (Cabaran Fear Factor House), para peserta harus melalui tiga halangan. Peserta yang berjaya dengan kiraan masa terpantas berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

Fear Factor Selebriti Malaysia ialah sebuah lagi program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa dan telah diubah suai serta diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Program menarik yang dikendalikan sepenuhnya oleh selebriti popular iaitu Aaron Aziz selaku hos program telah mula ditayangkan pada 29 Disember 2012 dan boleh ditonton pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran 104. Ia turut menampilkan 30 selebriti tanah air yang dibahagikan kepada 15 kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada dua peserta.

Kekuatan setiap individu akan diuji daripada segi keberanian untuk beraksi secara lasak selain ketahanan mental dan fizikal untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar bagi memastikan peserta benar-benar layak untuk merebut gelaran juara. Pemenang utama akan memenangi wang tunai sebanyak RM200, 000. Manakala pemenang bagi cabaran mingguan pula akan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Pihak Astro juga amat berbesar hati untuk mengumumkan kehadiran SINAR fm selaku radio rasmi, Pharmaton sebagai Penaja Bersama dan Mountain Dew sebagai Rakan Penaja Zon Fear Factor bagi program Fear factor Selebriti Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my atau laman Facebook rasmi di www.facebook.com/fearfactormalaysia dan ikuti kami di twitter rasmi www.twitter.com/fearfactormy

Selepas Pulau Pinang, sesi jelajah promosi Zon Fear Factor akan singgah pula ke lokasi terakhir iaitu Plaza Angsana, Johor Bahru pada 26 & 27 Januari 2013 kelak.

Jumpa anda di sana!

IZ Fear Factor

IZ Fear Factor

IZ Fear Factor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Anah Bertuah Lakonan Hairul Azreen

ASMIDAR

Gambar Asmidar di Majlis Bersama Ibu-Ibu Tunggal TV9