Kepada semua pembaca, sempena dengan International Pillow Fight Day (kalau dalam BM… Hari Perang Bantal Sedunia?). Hah? Apa ni nak perang-perang? Kan kita nak peace no war? Hahaha, jangan salah anggap. Ia hanya satu event suka-suka aje.
Kalau nak tahu lebih lanjut, International Pillow Fight Day adalah satu event di mana lebih 60 buah negara akan ikut serta. Kira meriah la jugak. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila layari: http://www.pillowfightday.com
Event ni juga ada dalam Facebook. Sila klik SINI.
Jadi, kat mana International Pillow Fight Day akan diadakan sebenarnya? Ha, jawapannya… RAHSIA! Tempat berjumpa atau Gathering Point adalah RAHSIA buat masa sekarang. Apa-apa, rahsia lokasi akan dibongkarkan dalam Facebook dan website rasmi pada jam 2 pagi pada 2 April 2009. Jadi… keep a lookout~!
Beberapa perkara yang anda perlu tahu:
- Lokasi Pillow Fight Point akan diwar-warkan di Gathering Point.
- Pillow Fight Point tidak akan dibuat di Gathering Point tetapi di tempat yang lain. Dalam erti kata lain, Pillow Fight Point dan Gathering Point adalah dua tempat yang berbeza.
- Pillow Fight Point Police akan ditanda (marked) dan anda akan mengenali mereka apabila melihat mereka. Bila dah tengok diorang, baru kita tahu.. haaa… itu polis untuk Pillow Fight nih.
- Ahli member BIRU dan PUTIH akan dipisahkan dan akan ditanda (mark) oleh pasukan polis yang dilantik pada hari tersebut.
- Yang pastinya, korang kena bawa bantal korang sendiri. Penganjur takkan sediakan bantal untuk korang.
- Jangan bawa bantal tu di tangan. Kalau boleh simpan dalam beg atau plastik bag sehinggalah korang boleh keluarkan pada masa Pillow Fight.
- Korang layak bertempur kalau ada bantal. Tak bawa bantal, korang tak leh masuk pertempuran.
- Kalau boleh, kepada sesiapa yang nak bawa kamera dan yang memakai cermin mata, simpanlah elok-elok ya. Sebenarnya, ada fotografer rasmi yang akan mengambil gambar korang dan akan upload dalam website.
- Have fun!
The Game Plan
4.00pm : Pillow Fighters come to the Gathering Point
4.20pm : Pillow Fighters akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Putih dan biru. Polis yang akan bertugas akan menyelia pembahagian kumpulan
4.25pm : Kumpulan pertama akan bersiap sedia ke Pillow Fight Point diiringi oleh Pillow Fight Police.
4.30pm : Kumpulan kedua akan bersiap sedia ke Pillow Fight Point diiringi oleh Pillow Fight Police.
4.45pm : Kedua-dua kumpulan bersedia untuk bertempur…
Tonton Video Pertempuran Bantal:
Corntoz Pillow Fight 4 April 2009 from RandomAlphabets on Vimeo.