Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 membuatkan pergerakan kita semakin terbatas apatah lagi masyarakat kini masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga hujung bulan Ogos ini. Namun suasana ini tidak menghalang Media Prima Berhad untuk meneruskan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh orang ramai iaitu Karnival Jom Heboh.Â
Kali ini, Media Prima Berhad akan membuat kelainan kepada Karnival Jom Heboh. Kami pasti ia akan menjadi lebih menarik dan membuatkan anda semua terhibur kerana karnival ini akan diadakan di rumah anda selama dua hari bermula 29 dan 30 Ogos 2020 menerusi TV9! Kehangatan acara ini semakin dirasai dengan kehadiran McDonald’s Malaysia selaku penaja utama dan menggelarkan acara ini sebagai Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery.
Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima OMNIA, Encik Michael Chan, “Bagi pihak Media Prima Omnia, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada McDonald’s Malaysia di atas kolaborasi Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery. Ia membuktikan tiada halangan untuk berinteraksi secara langsung dengan para penonton setia kami walaupun tidak dapat menganjurkan acara padang popular ini secara fizikal dalam tempoh PKPP. Kolaborasi dengan McDonald’s Malaysia menerusi Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery di alam maya dan siaran langsung di TV9 juga menerima sambutan hebat daripada rakan-rakan penaja lain dan selebriti tanah air popular untuk turut serta. Jadi, kami berharap penampilan baharu ini juga akan menerima sambutan daripada para peminat setia Jom Heboh.â€
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Dato’ Khairul Anwar Salleh juga berkata, “Acara tahunan yang menjadi tarikan pengunjung di serata negeri ini akan diteruskan dengan suasana yang sangat berbeza dan dipanggil sebagai Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery, bersesuaian dengan suasana masa kini. Dalam situasi norma baharu yang sedang kita lalui sekarang, kita perlu memanfaatkan teknologi yang sedia ada contohnya seperti penganjuran konsert menerusi online, perjumpaan menerusi aplikasi tertentu dan bersukan secara online. Begitu juga dengan Jom Heboh Di Rumah ini, kita akan menganjurkannya menerusi kaca televisyen. Para pengunjung terutamanya penonton setia kami tidak perlu untuk bersusah payah berpanas dan berhujan serta keletihan untuk berhibur bersama kami. Mereka hanya perlu membuka siaran TV9 yang akan menyiarkan keseluruhan aktiviti meriah Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery selama dua hari berturut-turut. Jangan lupa untuk bersama-sama kami menghitung detik 12 malam bagi menyambut Hari Kebangsaan di TV3 dan laman sosial Facebook TV3 Malaysia pada pukul 11.30 malam .â€
“Kita perlu ingat pandemik Covid-19 ini masih lagi berleluasa dan ia menjadi satu kepuasan kepada kami kerana masih dapat memberikan hiburan terbaik dan suasana meriah sama seperti berada di tapak acara di samping membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini. Barisan artis dan aktiviti menarik sama seperti terdahulu malahan lebih meriah dan pastinya anda semua terhibur. Pastinya Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery ini akan memberi seribu satu pengalaman istimewa kepada anda semua.â€Â
Keistimewaan Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara penonton kami. Mereka tidak perlu terkejar-kejar untuk ke tapak acara tetapi hanya perlu berada di depan kaca TV seawal 9.20 pagi sehingga 11.00 malam menerusi TV9. Selepas itu, penonton boleh menukar kepada TV3 dan mengikuti laman sosial Facebook TV3 untuk menghitung detik 12 malam dan menyambut kemeriahan Hari Kebangsaan yang ke-63.
Barisan artis dan selebriti terkenal tanah air yang turut menceria dan menghiburkan para penonton menerusi Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery ialah Sharifah Shahirah, Elly Mazlein, Riena Diana, Ayie Floor 88, Dayang Nurfaizah, Siti Sarah, Black, Indah Ruhaila, Nana Mahazan, Ara Johari, Syamel, Nabila Razali, Nazim Othman, Amelia Henderson, Naim Daniel, Hael Husaini, Wany Hasrita, Kaka Azraff, Noki, Loca B, Dolla, Afieq Shazwan, Reekateemor, Syomir Izwa, Zynakal, Yonnie, Budak Ngam dan ramai lagi.
Selain daripada McDonald’s Malaysia hadir sebagai penaja utama, Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran penaja bersama Huawei serta rakan niaga lain seperti Coffex, Tealive, CJWOWSHOP, Proton, Big Points dan Paya Indah Discovery Wetlands by Gamuda Cove.
Sambil menonton dan berhibur seisi keluarga, anda juga berpeluang untuk memenangi wang tunai dan baucar tunai bernilai RM20,000 daripada McDonald’s. Peraduan ini bermula dari 25 Ogos dan berakhir 30 Ogos, jam 6.00 petang. Bagaimana? Senang sahaja! Anda hanya perlu kongsikan gambar kemeriahan anda menikmati McDonald’s di rumah.
Langkah 1 : Ambil gambar.
Langkah 2 : Sertakan kapsyen kreatif tidak melebihi 30 patah perkataan.
Langkah 3 : Muat naik di Instagram berserta #JHDRbersamaMcDelivery #MerdekabersamaMcDelivery
Langkah 4: Pastikan akaun Instagram bukan dalam mod privasi.
Keputusan akan diumumkan pada 30 Ogos, Ahad, jam 10.50 malam di TV9 dan 11.40 malam di TV3. Kemeriahan berlipat ganda dengan cabutan bertuah iaitu sebuah Proton X70. Dengan hanya duduk di rumah anda dapat memenangi kereta! Tidak mustahil ia menjadi milik anda asalkan anda patuhi mekanisma yang disediakan. Anda perlu imbas kod QR yang terpapar di kaca televisyen dan perlu mendaftar dan mengisi butiran yang diminta. Untuk melayakkan diri, pastikan anda lengkapkan tugasan yang diberi dengan menonton program di TV9 serta menjawab beberapa soalan yang dipaparkan dengan tepat. Pemenang bertuah akan diumumkan selewat-lewatnya dua minggu selepas siaran. Seorang hanya boleh mendaftar sekali sahaja.
Selain daripada itu, penonton di rumah yang menonton Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery juga berpeluang untuk memenangi jam tangan Huawei Watch Fit, 2 juta Big Points, bekalan Tealive selama setahun, WOW CASH BACK bernilai RM10,000, tiket Adventure Waterpark Desaru Coast, tiket Paya Indah Discovery Wetlands (Banting) dan kopi dari Coffex Coffee. Apa yang anda perlu buat untuk memenangi hadiah menarik ini adalah hanya dengan menonton Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery di samping keluarga tersayang mahupun sahabat handai.
Menerusi Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery ini, penonton juga berpeluang untuk membeli barangan lelong milik beberapa artis dan selebriti terkenal tanah air seperti Khai Bahar, Syazuwan Hassan, Riena Diana, Andi Bernadee, Nabila Razali, Haziq Hot FM, Hawa Rizwana, Hael Husaini, Bunga Isme, Ernie Zakri, Syafiq Kyle, Kaka Azraff, Johan As’ari, Ismail Izzani, Naim Daniel, Wany Hasrita, Haqiem Rusli dan Tomok. Antara barangan yang dilelong adalah pakaian, kasut, jam tangan dan banyak lagi. Setiap pembelian daripada orang ramai akan disalurkan kepada Tabung Pahlawan 2020. Saksikan slot lelongan mereka pada jam 2.36 petang pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk melihat barangan secara keseluruhan, sila layari www.JomHeboh.com.my .
Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery ini dimeriahkan dengan penaja utama McDonald’s Malaysia, penaja bersama Huawei serta rakan niaga lain seperti Coffex, Tealive, CJWOWSHOP, Proton, Big Points, Adventure Waterpark Desaru Coast dan Paya Indah Discovery Wetlands by Gamuda Cove. Rancakkan lagi perbualan dan suasana Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery dengan menggunakan tanda pagar #JomHebohDiRumah di laman media sosial anda! Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman webwww.jomheboh.com.my dan juga YouTube TV3 Malaysia.