in

Jom Hantar Pencalonan untuk Volunteer Malaysia Awards 2016

Budiey dikhabarkan satu anugerah yang diberi nama Volunteer Malaysia Awards 2016 akan dianjurkan oleh iM4U tidak lama lagi. Tertarik dengan anugerah pertama kali diwujudkan ini, Budiey pun buatlah carian Google sebab nak tahu lebih lanjut tentang anugerah ni.

Budiey rasa ini pertama kali Budiey dengar anugerah seperti ini. Memang sangat baguslah kan sebab anugerah ini ada tujuannya tersendiri. Nama pun Volunteer Malaysia Awards 2016, jadi anugerah ini diadakan khas bagi para sukarelawan.

Volunteer Malaysia Awards 2016

Jom Hantar Pencalonan untuk Volunteer Malaysia Awards 2016

[dropcap]A[/dropcap]pa yang penting, sekarang ini pencalonan sedang dibuka dan anda semua dijemput untuk menghantar pencalonan. Anugerah ini diadakan untuk mengiktiraf dan juga menaik martabat para sukarelawan yang telah berjuang, menyumbang tenaga dan membantu masyarakat.

Budiey rasa anugerah ini sangat bagus diadakan sebab ia dapat memberikan inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk menjadi sukarelawan dan memberikan impak positif kepada masyarakat.

Anugerah ini mengiktiraf individu dan juga kumpulan sukarelawan yang mana mereka ini dipandang sebagai satu aset penting dalam memberi impak dari segi nilai sosial, budaya, persekitaran dan masyarakat Malaysia.

[pullquote align=”right”]Lebih menarik, pemenang untuk anugerah ini akan menerima anugerah dan sijil yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Waah, siapa tak nak kan? Walaupun mereka menghulurkan bantuan dengan ikhlas namun, inilah masanya jasa bakti mereka diiktiraf oleh Perdana Menteri.[/pullquote]

Budiey percaya ini adalah satu platform untuk menggalakkan lebih ramai lagi remaja dan warga Malaysia untuk menyertai program yang dianjurkan oleh iM4U dalam jangka masa yang panjang dan meniup semangat untuk menyatukan warga belia ke arah minda yang lebih positif.

Jadi, Budiey nak memanggil semua pembaca agar menghantar calon-calon masing, tak kiralah kawan-kawan ke, jiran ke, atau siapa sahaja yang pernah membantu dan memberikan pertolongan secara sukarela. Inilah masanya nak mengangkat dan menjulang mereka sebagai pejuang!

Berikut adalah senarai kategori yang dipertandingkan:

Best Volunteer Initiative

• Public Service Sector (open to government ministries, agencies and statutory bodies)
• Private Sector (open to all private and corporate companies)
• NGO / NPO / Collective
• DRe1M Fund (Individuals, Outreach Centres)
• Media Organisations
• Personality (artistes, sports, etc)
• School (open to both primary and secondary levels)
• People’s Choice (public voting on shortlisted nominees from the categories above)

Anugerah ini juga turut mempertadingkan kategori Lifetime Achievement Award di mana ia dibuka kepada semua yang mempunyai semangat juang dan rela bergadai nyawa menjadi sukarelawan dengan sikap yang berkaliber, karismatik dan bersemangat jitu.

Yang pastinya pemenang untuk kategori ini bukan sebarangan sebab beliau mesti ada ketokohan dan disegani oleh semua orang dan yang penting mempunyai pengalaman lebih 20 tahun menjadi sukarelawan.

Selain itu, anugerah ini mengangkat sosial media sebagai satu wadah atau platform bagi membantu menguar-uarkan acara atau event kepada masyarakat melalui Best Social Media Campaign for a Volunteer Initiative, Budiey kira ia satu yang sangat penting juga.

iM4U fm Award for Best Humanitarian Song turut diperkenalkan dan anda bebas untuk memilih lagu yang mempunyai nilai kemanusiaan dan bercirikan semangat bantu membantu sesama kita.

Untuk info lebih lanjut, apa kata anda semua muat turun borang yang disediakan di sini: http://more.im4u.my/vma

iM4U juga akan memberikan anugerah istimewa kepada kepada Superelawan of the Year yang mana mereka akan diraikan kerana pencapaian mereka yang sangat cemerlang dan usaha mereka itu telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

Nak tahu apa hadiahnya…?

Pemenang akan menerima:

· Semua pemenang akan menerima sebuah trofi dan juga sijil yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia.

· Pemenang akan ditemubual dan tampil dalam iM4U fm dan laman web iM4U.

· Yang lebih untung lagi, pemenang akan menerima dana untuk projek sukarelawan akan datang sehingga RM50,000.

Tarikh Pencalonan Dibuka: 1 September 2016
Pencalonan Ditutup: 30 October 2016
People’s Choice Award Voting: 11 to 27 November 2016
Awards Night: 9 December 2016

Jadi, apa tunggu lagi, lekaslah hantar pencalonan sekarang! KLIK sini: http://more.im4u.my/vma/ atau emelkan kepada [email protected]

Volunteer Malaysia Awards 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AWIE

Awie & Sharifah Ladyana Selamat Bernikah Di Songkhla

Ulasan KONSERT 3 KEJORA BERSATU dari Sudut Penonton di Istana Budaya