in

Jom Berkongsi Ilmu Social Media & Internet di DoMoreLah4Malaysia

Nampaknya social media semakin mendapat tempat masyarakat kita di Malaysia ni. Budiey lihat ini satu perkembangan yang positif di mana semua orang berlumba-lumba untuk menjadi pengiat social media yang tegar.

Di entri ini, Budiey nak berkongsi sedikit tips bagaimana untuk kita semua sentiasa teruja untuk menjadi pengamal social media yang aktif. Ramai di kalangan kita yang masih tidak tahu cara yang sepatutnya. Contoh paling dekat, ramai yang tahu, kita boleh menjadi sukarelawan digital atau lebih dikenali sebagai Digital Volunteerism dengan menggunakan sosial media yang ada. Lebih kurang macam ni la ya.

Jika sebelum ini, kita sekadar menyumbangkan tenaga dan wang ringgit kepada yang memerlukan, tapi dengan adanya Digital Volunteerism ni, kita boleh membantu semua orang dengan menggunakan social media dan platform digital yang lain. Sebenarnya, tidak jauh beza dengan wang ringgit dengan sosial media ni, cuma apa yang Budiey rasa, sosial media lagi mudah dan tak memerlukan modal yang banyak pun. Apa yang diperlukan ialah telefon bimbit dan data internet. Tu je.

Sebagai seorang penulis blog, pastinya Budiey takkan terlepas untuk menggunakan platform social media seperti Twitter, Facebook dan Instagram. Contoh paling jelas, jika anda semua boleh lihat, Budiey sentiasa promote pautan atau link blog kepada follower di Twitter, Instagram dan Facebook. Itu dah jadi kerja wajib sebab sebagai blogger, Budiey perlu memaksimakan dan menggunakan social media untuk mengembangkan lagi jumlah pembaca blog. Itu sudah dipanggil sukarelawan digital di mana Budiey memberikan informasi percuma kepada followers dan orang ramai tentang acara atau apa sahaja sedang trending dan relevan buat masa ini.

Selain itu, Budiey sentiasa menyiarkan berita terkini tentang selebriti dan events di social media termasuklah hashtag #liveupdate untuk memberi sesuatu yang segar dan terkini untuk followers. Dari situ, secara tak langsung followers akan menjadi lebih ramai. Tak caya, korang boleh cuba tips ini. Nampaknya, anda semua juga perlu ada sikap di mana kita semua berkongsi apa sahaja di sosial media sebagai medan untuk kita memberikan informasi yang berfaedah dan positif.

MDEC

Cakap pasal sosial media, Budiey diperkenalkan dengan satu hashtag iaitu #DoMoreLah4Malaysia. Hashtag ini diwujudkan oleh Digital Malaysia, satu badan kerajaan yang berhasrat mahu menjadikan Malaysia sebagai negara digital menjelang 2020 dan yang penting, hashtag ini sikit sebanyak menyuntik semangat untuk anak-anak muda semua meningkatkan ekonomi digital Malaysia dengan hanya menggunakan platform sosial media.

Nak lebih faham pasal #DoMoreLah4Malaysia ni, Budiey pun buatlah carian. Terjumpalah satu LINK di Facebook.

MDEC

Rupa-rupanya, melalui Facebook Digital Malaysia ni, orang ramai mampu menghantar pencalonan untuk bersama-sama mencipta satu perubahan digital yang dapat memberikan faedah kepada kita semua. Tarikh penghantaran pencalonan telah pun tamat pada 26 November yang lalu.

MDEC

Kempen yang dianjurkan selama sebulan ini sikit sebanyak dapat memberikan galakan kepada seluruh warga Malaysia agar memanfaatkan teknologi dengan memberikan idea yang bernas dan genius untuk membantu membangunkan Malaysia ke arah yang lebih baik, lebih cemerlang dan lebih gemilang.

Ramai di kalangan kita memandang ini sesuatu yang remeh temah dan sambil lewa sedangkan banyak lagi faedah yang boleh kita buat dan hasilkan dengan sosial media ni. Antaranya, dengan adanya kempen macam ni dapat menyatukan kita semua warga Malaysia agar lebih bersatu hati dan bantu membantu. Haa, gitu. Jadi, anda semua disarankan untuk mengutarakan dan menghantar idea di laman Facebook ini.

Dalam banyak-banyak penyertaan, Budiey tertarik dengan entri yang dihantar oleh Naz Biz.

MDEC

Sekali baca saranan yang dibuat oleh Naz Biz, Budiey dapat simpulkan untuk memulakan bisnes, kita semua kena tahu menggunakan sosial media yang ada untuk membantu mengembangkan perniagaan. Begitu juga dengan pelajar di pusat institusi pengajian tinggi yang kini perlu memberikan penekanan kepada ilmu baru tentang dunia IT, sains komputer dan program networking yang berkaitan dengan sosial media.

Sebagai blogger dan bergiat aktif dalam sosial media, Budiey memang menyokong 100% dengan cadangan yang diusulkan oleh Naz Biz nih. Payah nak cari orang seperti beliau yang sukarela yang menggalakan semua warga mahasiswa bergiat aktif menjadi volunteer untuk menanam sikap berkongsi maklumat dalam dunia IT. Memang ohsem betul brother nih.

Budiey pasti anda di luar sana yang pernah menjejakkan kaki di menara gading atau dalam bahasa sekarang ni, universiti atau kolej, sudah tentu menyokong dengan apa yang diusulkan oleh Naz Biz. Sekurang-kurangnya, kita semua membantu apa yang patut. Sebagai contoh, Budiey dapat membantu orang ramai mengetahui bagaimana untuk mempromosikan event di laman sosial dengan menggunakan hashtag. Banyak lagi yang boleh disampaikan dari segi dunia IT dan digital kepada orang ramai sebenarnya.

Budiey sebenarnya tak tahu selama ini kita semua dapat membantu antara satu sama lain dengan ilmu menerusi internet. Ya, sudah tiba masanya kita semua berganding bahu bekerjasama untuk berkongsi ilmu.

Setidak-tidaknya, kita semua tahu untuk menggunakan internet dengan semaksima yang mungkin. Pastinya di kalangan kita ada yang tak tahu cara yang betul untuk menggunakan internet, jadi dengan adanya saranan seperti yang dikemukakan oleh Naz Biz ini dapat membentuk masyarakat Malaysia yang celik IT.

Tidak semestinya kita yang buta IT ni tak dapat menggunakan internet, tapi jika semua orang kemukakan pendapat dan berkongsi ilmu, pastinya semua itu tak mustahil untuk dicapai.

Budiey kira, pandangan dari Naz Biz tak boleh dipandang secara lewa sahaja. Apa yang dikemukakan itu memang sangat amazing.Budiey dapat tahu pasal ini pun dari microsite DoMoreLah, jadi di sini, Budiey nak ajak semua untuk turut sama menyertai dan menjadi salah seorang dari peserta komuniti digital volunteerism. Dari situ, Budiey yakin kita semua dapat membantu antara satu sama lain untuk menambahkan ilmu yang ada, tak semestinya kita kena belajar tinggi-tinggi untuk mendalami ilmu pasal IT. Kalau boleh kita tak perlu nak pentingkan diri sendiri dan apa salahnya kita semua bersatu hati dan duduk bersama-sama berkongsi ilmu. Mestilah happening bila lagi ramai yang kemukakan entri masing-masing kan? Lagi ramai, lagi meriah!

Info lanjut: http://www.digitalmalaysia.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Soal Nikah Kahwin Emma Maembong Kunci Mulut