Jadi, apa kata anda semua mencuba untuk berbuka puasa di Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Dan untuk entri kali ini, Budiey nak ajak anda semua melihat apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Pullman Kuala Lumpur Bangsar.
Berbuka puasa citarasa di luar kebiasaan dengan hidangan citarasa Itali dan makanan laut serta Dim Sum
Untuk info pembaca, ada dua restoran utama di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar iaitu Mearcato dan Pearls Cuisine yang menawarkan makanan istimewa sempena berbuka puasa sepanjang Ramadan ini dengan puluhan hidangan dan pilihan secara buffet.
Semasa sesi prebiu untuk media, kami dilayan oleh kumpulan Messa yang diketuai oleh Datuk Sri Zakaria Abd. Rahman bagi mempromosikan program iftar Ramadan ini. Kumpulan Messa adalah pengendali kedua-dua restoran tersebut menjanjikan sajian antara pilihan yang terbaik di Lembah Klang dengan kelainan citarasa.
Kami diperkenalkan kepada dua orang Chef iaitu Chef Benny dan Chef Chong yang berpengalaman luas telah diberikan tanggungjawab di dalam pemilihan makanan sajian citarasa masakan Cina atau Chinese Cuisine dan citarasa Itali dengan menghimpunkan lebih 100 menu bagi kedua-dua sajian sempena berbuka puasa Ramadan ini.
Kumpulan Messa juga mencipta sejarahnya tersendiri apabila menyediakan hadiah bernilai lebih RM20,000.00 kepada pelanggan yang datang berbuka puasa melalui cabutan bertuah yang menyediakan motosikal sebagai hadiah utama.
Kami menjanjikan kualiti dan kebersihan sebagai sajian No. 1 di Lembah Klang, dan pastinya Halal, kerana kami mempunyai konsep dapur terbuka yang boleh dilihat secara terus oleh pelanggan keunikan masakan Itali di Restoran Mearcato selain suasana yang selesa dengan ruang makan yang luas yang boleh menempatkan lebih 300 pelanggan pada satu masa.
Manakala sajian Dim Sum dan makanan laut segar terus dari jeti adalah tarikan sajian utama di Restoran Pearls Cuisine dengan keluasan melebihi 200 tempat duduk pada satu masa.
Apa yang lebih menarik adalah harga bagi setiap seorang adalah antara yang terendah di Hotel bertaraf 5 bintang dengan potongan harga setiap pembelian 10 orang, pelanggan hanya perlu membayar untuk 7 orang sahaja dengan 3 orang adalah percuma. Tawaran ini hanya terdapat di restoran kami.
BBQ BUFFET FOR BERBUKA @ MEARCATO PULLMAN BANGSAR
Rasakan keunikan makanan Itali di Restoran Mearcato yang menampilkan konsep dapur terbuka yang boleh dilihat secara terus oleh pelanggan.
Berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan dalam suasana santai dan di ruang makan yang luas yang boleh menempatkan lebih 300 pelanggan pada satu masa.
Antara hidangan yang harus anda cuba di Mearcato adalah seperti berikut:
Buat tempahan di antara 21 Februari hingga 22 Mac untuk mendapatkan harga promosi RM128 bersih seorang, dengan promosi Buy10 Free3/ Beli 10 Percuma 3 (harga biasa dewasa) untuk mendapatkan penjimatan tambahan!
Setiap pelanggan juga akan menerima 1x Grill River Prawn dan 1x Haagen-Dazs mini tub dengan PERCUMA!
Buat tempahan anda dengan menghubungi talian +6016 7199 927 hari ini!
OCEAN TREASURES SEAFOOD & DIM SUM BUFFET @ PEARLS CUISINES PULLMAN BANGSAR
Manakala sajian Dim Sum dan makanan laut segar terus dari jeti adalah tarikan sajian utama di Restoran Pearls Cuisine. Restoran ini terkenal dengan masakan ala Cina, satu cita rasa yang amat berbeza berbanding dengan tawaran bufet lain di luar sana.
Dengan keluasan yang boleh menempatkan melebihi 200 tempat duduk pada satu masa, anda boleh menjamu selera dengan meriah tetapi selesa dengan keluarga atau rakan-rakan anda!
Diperbuat menggunakan ramuan 100% Halal, pilihan hidangan di Pearls Cuisine pastinya akan menambat selera penggemar masakan Cina terutamanya dim sum!
Antara hidangan yang harus anda cuba di Pearls Cuisine adalah seperti berikut:
Buat tempahan tempat duduk anda sekarang bagi menikmati sajian iftar Ramadan yang mengagumkan dari citarasa di luar kebiasaan!
Setiap pelanggan juga akan menerima 1x Baked Lobster (Udang Kara Bakar) dan 1x Haagen-Dazs mini tub dengan PERCUMA!
Buat tempahan di antara 21 Februari hingga 22 Mac untuk mendapatkan harga promosi RM148 bersih seorang, dengan promosi Buy10 Free3/ Beli 10 Percuma 3 (harga biasa dewasa) untuk mendapatkan penjimatan tambahan!
Buat tempahan anda dengan menghubungi talian +6010 2299 927 hari ini!
Antara pilihan makanan pembuka selera dan juga pencuci mulut yang disediakan untuk berbuka puasa di Restoran Pearls Cuisines & Mearcato.
Para pelanggan yang berbuka puasa di Mearcato dan Ocean Treasures, Pullman Bangsar turut berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM20,000, dengan motosikal sebagai hadiah utama.
Kedua-dua restoran ini juga menawarkan penjimatan yang hebat kepada pembelian awal – Beli 10 Percuma 3. Tunggu apa lagi? Jom buat tempahan tempat duduk anda sekarang juga bagi menikmati sajian berbuka puasa di bulan Ramadan dengan citarasa di luar kebiasaan!
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti
https://www.facebook.com/pearlscuisinemalaysia
https://www.facebook.com/mearcato
Foto Kredit: Femag Online