Gelombang muzik rock yang melanda industri hiburan tanahair pada tahun ini sememangnya memberikan impak besar terhadap peminat-peminat muzik tempatan. Ternyata, muzik rock yang dihidangkan oleh bakat-bakat tempatan ini menjadi permintaan paling tinggi di corong stesen ERA fm.
Lima ‘Brader Rock’ Asah Bakat Peserta Saringan Awal ‘JoHaRockStar’
JoHaRockStar merupakan sebuah program realiti berbentuk nyanyian anjuran ERA fm yang mencungkil bakat nyanyian rock dikalangan peminat muzik tanahair.
Menurut Pengurus Kandungan Kanan ERA fm, Nazri Noran:
“Kami cukup berbangga kerana dapat bekerjasaman dengan pihak Digi bagi menjayakan program sebegini. Memandangkan permintaan terhadap muzik rock menjadi fenomena di Malaysia, ERA fm buat pertama kalinya berganding bahu dengan lima (5) kumpulan rock popular tanahair bagi meneruskan misi pencarian seorang Penyanyi Rock Malaysia yang baharu menerusi pencarian JoHaRockStar!
Antara kumpulan-kumpulan yang bakal terbabit untuk mencari juara JoHaRockStar adalah Hyper Act, Estranged, Projector Band, Kristal dan Khalifah. Peyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia dan Singapore berumur 18 hingga 35 tahun dan mestilah menghantarkan video nyanyian mereka menyanyikan apa jua jenis lagu dalam genre rock.”
Peminat yang ingin menyertai JoHaRockStar rata-ratanya telah pun memilih dan menghantarkan rakaman video nyanyian rock di Instagram dengan menggunakan kata kunci (hashtag) #Joharockstar dan #jomlive. Sehingga kini hampir Kumpulan rock (Brader Rock) akan dibawa masuk sebagai mentor dan mereka masing-masing akan memilih 3 orang ahli untuk pasukan mereka daripada senarai penyertaan yang terpilih.
Juara bakal membawa pulang wang tunai RM 5,000 dan menjadi peserta AF 2016
Kata Loh Keh Jiat, selaku Ketua Pegawai Pemasaran Digi pula:
“Kami amat teruja kerana melaksanakan inisiati sebegini bersama ERA fm. Malaysia mempunyai ramai bakat muzik dan kami berharap untuk mengetemukan peminat-peminat dengan bintang rock tempatan yang mempunyai nama besar dalam industri.’Jom berinspirasi’ adalah lebih daripada sekadar slogan untuk Digi.
Kami mahu memberi inspirasi kepada pelanggan kami supaya tampil dengan bakat tersendiri dan tonjolkan bakat yang ada terutamanya melalui Internet. Dengan Pek Digi Prepaid Live baru, pelanggan dapat merakam diri mereka dan memuat naik ke Instagram tanpa had serta tidak perlu risau kehabisan kuota internet untuk menyertai JoHaRockStar bersama ERA fm,”
Hanya seorang peserta bagi setiap kumpulan akan dipilih untuk membuat persembahan di peringkat akhir.Pada konsert akhir, persembahan akan diadili oleh juri professional, dan kita akan memilih seorang yang terbaik sebagai pemenang. Lagu yang menang akan dimainkan di ERA dan di bakal dipromosikan.
Pemenang juga akan mendapat peluang untuk menjadi pelajar AF 2016 dan akan memulakan langkah sebagai pelajar AF 2016.