Ray berasa sunyi dan sedih kerana Johan dan Haniff sering mencari kesilapannya. Untuk mendapatkan sokongan, Ray berhajat untuk menjemput ‘seseorang’ ke JoHara Pagi ERA dan bersemuka dengan Johan dan Haniff.
Pendengar setia Era khususnya segmen JoHara Pagi Era pasti perasan yang Ray kebelakangan ini kerap menjadi mangsa ‘serangan’ dan bahan oleh 2 rakan penyampai Johan dan Hanif.
Malah beberapa video turut dikongsikan stesen radio tersebut di laman Instagram mereka memperlihatkan Ray dibuli dua rakannya itu kerana dilihat kurang kurang memberi komitmen dan bersikap acuh tak acuh semasa ke udara.
Menerusi video berkenaan Ray dapt dilihat sedikit sugul dan sedih akibat kerap menjadi mangsa kedua mereka.
Teruk menjadi bahan, Ray difahamkan berhasrat untuk membawa ‘seseorang’ sebagai backup kepadanya untuk bersemuka dengan Johan dan Haniff.
Siapakah ‘seseorang’ yang dimaksudkan oleh Ray? Adakah ‘JoHara Pagi ERA’ menambah personaliti baharu untuk digabungkan bersama Johan, Haniff dan Ray?
Peminat ERA boleh menantikan jawapan kepada soalan-soalan ini pada Isnin, 22 Februari di laman rasmi, media sosial Facebook dan Instagram ERA.