Selepas 21 hari dilahirkan, pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati mengumumkan nama anak ke-6 mereka iaitu Nur Latifah Cherdiq Hanania.
Pelakon Ozlynn juga ada memuat naik foto jari jemari si kecil itu di Instagram untuk tatapan peminat.
Pasangan itu memanjatkan kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata perempuan itu khabarnya Johan telah memberi kata putus bahawa itu anak yang terakhir buat keluarga besar mereka.
Katanya lagi, nama tersebut sebenarnya telah pun disimpan lebih daripada tujuh tahun sebelum diberikan kepada anak bongsunya itu.
“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania. Di hari Jumaat yang indah 3 September.
Nama yang telah disimpan 7 tahun lalu, akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar. Syukur kepada Allah kami diberi peluang merasa nikmat ini sekali lagi, bermata panda di malam hari.
Berebut siapa dan mengendong baby, 3 putera 3 puteri. Akhirnya suami kata cukup setakat ini,”
– Ozlynn Wati
Ozlynn dalam pada itu turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana yang masih menunggu kehadiran cahaya mata agar tidak berputus asa dan berdoa kerana dalam tidak sedar, ada nikmat lain yang lebih besar telah dikurniakan Allah S.W.T.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji keunikan nama si comel itu dan menitipkan doa agar Cherdiq akan membesar sebagai seorang anak yang solehah.
Dikesempatan itu juga, pelakon drama, Bukan Gadis Biasa ini turut dilihat memberikan kata-kata semangat buat para ibu bapa yang sehingga kami masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.
“Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini. Membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Ujian kami, kehilangan bonda tercinta,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji pilihan nama yang telah berikan oleh Ozlyn dan Jihan itu.
“Alhamdulillah dan Assalamualaikum baby Cherdiq.
“Comelnya jari jemari Cherdiq.
“Alhamdulillah. Semoga menjadi cerdik dan cantik seperti nama yang diberikan. Ameen.
Terdahulu, Ozlyn baru sahaja selamat menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September lalu.
Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.
Terdahulu, pasangan ini mengumumkan bahawa mereka telah selamat menimang cahaya mata ke-6 pada 3 September 2021 yang lalu.