Semasa sidang media prebiu filem PAKU, Johan As’ari telah buat pengakuan yang dia tak mahu lagi melakonkan babak ranjang atau berpelukan. Haa, elok sangat la tu. Budiey sokong je. Hal ini dah lama sebenarnya difikirkan dan keputusan telah dibuat selepas Johan kembali dari melakukan ibadah umrah baru-baru ini.
[pullquote align=”right”]Ya, dah tiba masanya untuk Johan berubah. Manusia seperti kita, takkan berada di tempat yang sama. Manusia akan berubah juga. Keputusan ini dibuat bukan atas pengaruh sesiapa. Memang dah lama Johan simpan niatnya untuk menjadi lebih baik.[/pullquote]
Menurut Johan lagi, sekarang ini dia lebih aktif dengan aktiviti keagamaan dan ini membuatkan hasratnya semakin meluap-luap untuk tidak melakukan scene berpelukan.
Johan kini banyak mengikuti aktiviti beriktikaf di masjid bersama rakan artis otai yang lain. Jika tak sibuk di lokasi pengambaran, Johan penuhi masa dengan melakukan kegiatan kerohanian dan pastinya tak sesuai lagi untuk beliau melakonkan babak sensasi dan panas dalam drama mahupun filem.
Semasa menonton filem PAKU, Johan juga turut mengakui dia sangat malu melihat babak ranjang yang dilakonkan dan ini juga menjadi punca yang dia nekad untuk tak menerima watak sebegitu untuk masa yang akan datang.
Johan juga sedar, keputusannya ini akan mengundang kontroversi jika tersalah langkah. Takut pula termakan kata. Namun, Johan mengaku dia sudah bersedia untuk menghadapinya.
Johan tak takut jika tawaran untuk berlakon semakin berkurangan. Rezeki ada di mana-mana. Johan redha.
Semoga Johan terus istiqamah dan berpegang dengan janji dan kata-kata ini.