Apabila berita pengakuan Johan As’ari bercinta dengan Lana Nordin tersebar, maka ramailah mulut-mulut jahat mengatakan Johan As’ari kini dah jadi macam belangkas pula bila dilihat selalu ditemani kekasihnya, Lana Nordin. Tak kurang ada yang mempertikaikan Lana Nordin ni betul-betul ikhlas ke bercinta dengan Johan As’ari atau sekadar mahu menumpang populariti atau macamana. Haa, macam-macam benda yang diperkatakan. Semuanya ada aura negatif dan unsur-unsur tak sihat.
[pullquote align=”right”]Apabila diajukan soalan kepada Johan As’ari, beliau sebenarnya tak nak ambil peduli dengan apa yang orang lain cakap. Itu hak masing-masing nak bersuara. Yang penting, mereka happy dan bahagia.[/pullquote]
Yang Budiey tak tahan, bila ada yang sanggup bertaruh, nak tengok berapa lama agaknya Johan As’ari dan Lana Nordin kekal bercinta. Sampai ada yang sanggup bersumpah bagai. Apa cer. Tak perlu kot nak care pasal diorang. Biarlah Johan dengan pilihannya.
Bagi Johan, dia tak terkesan sangat dengan kata-kata yang memburukkan dirinya dan Lana. Sebab baginya, itu semua duniawi semata-mata. Biarlah apa orang nak cakap sebab hanya mereka yang tahu perasaan cinta yang mereka rasa sekarang ini. Tak perlu nak kacau kan?
Btw, Budiey nak ucapkan selamat hari jadi kepada Johan yang disambut semalam.
Berkenaan dengan pasangan ini digelar pasangan belangkas sebab terlalu kerap muncul berdua di khalayak ramai, Johan menafikan yang mereka berdua selalu berkepit ke sana ke sini. Hari tu, Budiey lihat Johan hadir dengan Lana Nordin di Anugerah Skrin. Semalam, Johan hadir dengan Lana masa prebiu filem PAKU. Mesra bukan main. Nampak sangat Johan sekarang dah makin bahagia dengan pilihannya. Syukurlah. Budiey pun tumbang gembira.
“Orang ramai mungkin melihat kami selalu bersama tapi hakikatnya taklah. Apabila saya sibuk dengan kerja saya, Lana tak nak ganggu dan begitulah sebaliknya.”
Johan juga turut menafikan gosip tentang kononnya dia tak tinggal serumah dengan keluarga gara-gara cinta tak direstui. Mmm…. Jawab Johan, dia masih tinggal bersama keluarga dan dia tak pindah ke mana-mana pun.