Vokalis kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Joey dilaporkan mengalami patah empat tulang rusuk akibat kemalangan motosikal di Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRR 2), petang semalam.
Melalui perkongsian dalam laman sosial Facebook miliknya, Joey berkata kemalangan tersebut berlaku di hadapan stesen minyak Shell.
Aku baru kemalangan, depan Shell MRR2. Motor patah depan. Kini aku dalam kesakitan,†kongsinya beserta gambar.
Akibat kemalangan itu, Joey berkata keputusan X- Ray menunjukkan dia mengalami patah empat tulang rusuk dan sedang menanggung kesakitan.
“X- ray tunjuk empat batang tulang rusuk aku patah. Sama macam arwah Saleem. Sakit ya amat, bila batuk, bersin, menguap atau ketawa,†tulisnya.
Usaha MHE TV untuk menghubungi Joey bagi mendapatkan keadaan terkininya gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Namun berdasarkan gambar yang dikongsinya, Joey telah mendapatkan rawatan awal di Hospital Ampang.
Terbaharu, menerusi status dalam laman sosial yang baru dimuat naik, Joey memohon maaf kerana terpaksa menolak permintaan orang ramai yang mahu menziarahinya kerana perlu berehat.
“Harap maaf, ramai nak datang melawat. Tapi aku dalam keadaan tak selesa. Bagilah aku sedikit ruang. Tidur pun tak cukup ni akibat menahan sakit,†ujarnya. – MHE TV