Bintang hip-hop popular Snopp Dogg menerajui sebuah projek gergasi yang menampilkan 32 artis dalam 25 lagu berjudul Snoop Dogg Presents THE ALGORITHM untuk pasaran dunia dengan pelancaran ALGORITHM (The Global Edition).
Persembahan terbaharu ini masih menampilkan 25 trek asli dalam album asal namun menambah 15 trek unik yang dirakam semula secara bonus yang diilhamkan daripada versi asal.
Setiap lagu baharu tersebut memaparkan satu atau lebih artis daripada senarai syarikat rakaman Universal Music Group (UMG) daripada seluruh dunia dan membawa hampir 50 bintang hip-hop dan R&B ke dalam album tersebut.
“ALGORITHM adalah sebuah projek yang sangat istimewa buat saya atas pelbagai sebab.
“Saya teruja untuk persembahkan album ini kepada semua peminat saya di seluruh dunia sebagai yang pertama di bawah Def Jam Records. Bersama beberapa rakan lama dan pengenalan kepada beberapa artis generasi baharu syarikat rakaman ini.
“Kami juga sedang mengubah gelanggang seni dengan membawa perasaan masuk kembali dalam muzik,” kata Snoop.
AlbumSnoop Dogg: Algorithm (The Global Edition) merupakan lanjutan kepada album Snoop yang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm yang menampilkan 50 artis dari pelbagai rantau dan Joe Flizzow telah dipilih secara peribadi oleh Snoop sendiri untuk dipaparkan dalam lagu Alright Redman & Method Man serta Nefertitti Avani.
“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya Snoop,Algorithm (Global Edition).
“Method Man & Redman merupakan legenda industri hip-hop dan merekalah sebab utama saya jatuh cinta pada muzik rap sebelum bergelar penyanyi. Berkongsi ruang dalam lagu bersama dengan mereka sambil diperkenalkan oleh SnoopnDogg dalam pengenalannya adalah sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.
“Saya rasa ini adalah salah satu impian saya yang termakbul. Impian saya seterusnya adalah untuk menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun depan.
“Kerjasama ini bermula dengan sebuah mesyuarat menerusi aplikasi ZOOM di antara Snoop dan saya. Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk dipertimbangkan dan beliau memberitahu yang beliau ingin menampilkan Yung Raja dan saya sendiri. Ini satu langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang di masa hadapan,” kata Joe Flizzow.
Keseimbangan adunan semula ALGORITHM (The Global Edition) memperkenalkan artis tersohor dan yang baru mencipta nama di bawah UMG dari setiap penjuru dunia.
“Terdapat begitu banyak bakat dalam album ini serta pelbagai gaya muzik yang berjaya memecah algoritma.
“Kini, algoritmanya memberitahu anda untuk mendendangkan rap sebegini, anda perlu kedengaran seperti ini.
“Namun tidak menjelaskan perasaan yang harus dirasai. Algoritma saya akan memberikan anda satu perasaan bukan sekadar bunyi,” terang Snopp.
Selain dari Malaysia, antara penyanyi lain yang turut menjayakan album mega ini ialah Saay dari Korea Selatan, Glan Lewis (Kanada), Lani Mo (Sweden), Cory (Perancis), Mc Zaac (Brazil) dan ramai lagi.