JOE BROOKS: TETAMU KHAS SECARA LANGSUNG di BELLA!
Tahun 2012 memang ternyata tahun yang penuh dengan kehangatan di saat Malaysia membuka ruangnya kepada artis terkenal antarabangsa untuk membuat persembahan mereka di sini. Antaranya Avril Lavigne, Simple Plan, dan F.T. Island berjaya menghiburkan para peminat mereka dari Malaysia. Menambah lagi keseronokan kepada para peminat muzik, seorang lagi penyanyi berbakat dari negara Britain, Joe Brooks bakal membuat persembahan pertamanya di Malaysia pada 3 Mac nanti di KL Live.
Brooks yang pernah mendapat gelaran “Artis No.1 UK Tanpa Label” di MySpace, berjaya membuktikan kehadirannya sememangnya memberi impak besar kepada peminatnya di Malaysia. Rata-rata mereka mula berpusu-pusu dan tidak sabar untuk melihat dan mendengar sendiri kehebatan penyanyi muda ini di saat dia mengumumkan penampilan istimewanya Mac nanti. Turut sama menyertai kemeriahan sambutan artis pujaan ramai ini adalah rancangan temubual wanita ntv7, Bella yang akan membawakan anda Joe Brooks secara langsung menerusi rancangan itu pada hari Khamis nanti, 1 Mac, jam 11 pagi.
Temubual khas secara langsung ini pasti menambat perhatian ramai di mana penyanyi yang juga pandai menulis lagu dan bermain alat muzik ini bakal berkongsi tentang minatnya dalam bidang muzik, kerjaya solonya, kehidupan peribadi serta persembahan sulungnya di Malaysia nanti. Penyanyi berusia 25 tahun itu juga akan menjawab beberapa soalan yang ditanyakan oleh beberapa penonton setia Bella. Brooks yang mula mengukir nama dan kerjaya seninya dengan muzik Indie mempunyai beberapa lagu hit yang mendapat sambutan hebat seperti “Holes Inside” dan “Superman”. Khas buat penonton ntv7, Brooks bakal menghiburkan penonton di rumah dengan nyanyian secara LIVE di rancangan Bella nanti.
Menariknya lagi, sebuah peraduan akan turut diadakan secara serentak untuk memberi peluang kepada penonton untuk mendapatkan album terbaru Joe Brooks serta pas untuk menyaksikan “Joe Brooks Trio Live” di Malaysia pada 3 Mac nanti.
Menjadi sebuah ruang untuk wanita berkongsi tips, rahsia dan kisah yang penuh inspirasi, Bella 2012 semestinya lebih mantap dengan pengisiannya yang lebih segar buat penonton setianya. Rancangan temubual yang dihoskan oleh lima wanita bijak dan berpengaruh – Daphne Iking, Elaine Daly, Deborah Henry, Lisa Wong dan Vanessa Chong pasti akan berkongsi informasi berguna. Bermula Januari lepas, rancangan ini telah membuat perubahan besar bagi terus membawakan isu menarik buat tatapan penontonnya. Rancangan ini bersiaran pada hari Ahad (1.30 petang hingga 2.30 petang) dan pada hari Isnin hingga Khamis pula, Bella akan memulakan siarannya pada 11 pagi sehingga 12 tengah hari.
Jangan lupa untuk menyaksikan Joe Brooks yang akan menjadi tetamu undangan khas secara langsung di Bella pada hari Khamis ini, 1 Mac, jam 11 pagi, tentunya di Saluran Ceria Anda, ntv7.
Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook mahupun Twitter.
LATAR BELAKANG RANCANGAN BELLA
Segmen Harian
Misi rancangan bual bicara wanita, Bella adalah untuk membantu dan memberi ruang kepada golongan wanita untuk melangkah jauh untuk merealisasikan matlamat dan impian mereka. Pada hari Ahad, segmen ‘Bella Weekend’ akan berkongsi dengan anda apakah aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu. Isnin pula hadir dengan segmen ‘Bella Confidential’ yang akan memberi ruang kepada wanita berbicara mengenai dilema dan pahit jerih kehidupan mereka. Selasa pula membawakan segmen ‘Bella Society’ yang memberi fokus kepada isu membabitkan masyarakat. Kita juga mencari apa yang sebenarnya memberi inspirasi kepada wanita mahupun lelaki dan untuk itu, pada hari Rabu, penonton akan dibawa kepada segmen ‘Bella Mars’ untuk kaum Adam diberi peluang untuk memberi pandangan mereka dimana kaum Hawa juga dapat memahami sudut perspektif mereka. Pada hari Khamis, ‘Bella Unwind’ pula merupakan segmen yang paling sesuai untuk anda sekeluarga mahupun bersama sahabat handai kerana segmen ini akan berkongsi tempat-tempat menarik serta tips dalam merehatkan minda dan tubuh anda.
Pengacara Bella 2012
Elaine Daly – wanita cantik ini pernah mewakili Malaysia di dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe 2004. Sebagai salah seorang model ternama di Malaysia, beliau pernah menjadi wajah untuk produk dan syarikat seperti ZA Cosmetics, SK-II dan Nescafe sama ada untuk iklan media cetak atau televisyen. Namun keghairahan sebenarnya adalah dalam bidang lakonan dimana Elaine pernah membawakan watak utama dalam drama komedi ‘Getting Together’ serta beberapa drama lain antaranya Astana Idaman, serta pementasan ‘Frogway The Musical’. Sebagai seorang pengacara pula, Elaine pernah mengacarakan acara untuk jenama fesyen seperti Seed, dan pembuat jam tangan berstatus antarabangsa, Jaeger Le Coultre. Elaine juga pernah menjadi juri untuk menghakimi Malaysian Dreamgirls, sebuah rancagan reality online.
Daphne Iking – mula dikenali sejak mengacarakan TV3, Explorace. Kejayaannya dalam rancangan itu telah membawa Daphne sebagia pengacara berwibawa seperti di Majalah Tiga dan My Australian Adventure. Buat masa ini, Daphne boleh dilihat mengacara rancangan The Breakfast Show di ntv7 dan juga pernah membawakan pelakon watita utama dalam filem Belukar
Deborah Henry – Deborah telah menjadi antara model hebat di dalam industry selama beberapa tahun yang lepas. Berketurunan India dan Ireland, jelitawan ini merupakan 16 peserta separuh akhir teratas di Miss World 2007. Di pentas peragaan, Deborah pernah menggayakan rekaan antarabangsa seperti jenama Dior, Gucci dan Zang Toi. Sejak usia 18 tahun lagi, Deborah telah ke England sebagai seorang model selam setahun yang juga kemudiannya ke Australia. Deborah juga pernah menghiasi iklan Perodua, Coke dan Celcom dan kini menjadi wajahHabib Jewels. Deborah kini boleh dilihat mengacara rancangan online serta mengacara di acara seperti MIFA (Malaysian International Fashion Awards). Dia juga telah mewakiliMalaysia di pertandigan ratu cantik di Brazil untuk Miss Universe 2011.
Lisa Wong – merupakan pengacara professional dan penyampai TV yang berbakat di dunia penyiaran. Lisa bukan sahaja pernah menemubual johan F1, Michael Schumacher dan Fernando Alonso di litar Formula One, malah bersama Perdana Menteri Malaysia serta penyanyi lagenda, Jamiroquai dan Dato’ Siti Nurhaliza. Lisa Wong kini semakin dikenali kerana sikapnya yang professional dan dedikasinya.
Vanessa Chong – mula dikenali di persada tempatan dan antarabangsa setelah menjadi naib juara the Amazing Race Asia 2. Dia yang juga pelakon dan pengacara TV pernah menjuarai carta FHM 100 Most Wanted Women in the World pada tahun 2009.