in

Zo In Sun Tangisi Song Hye Kyo

Banyak Menangis Kerana Song Hye Kyo

Berkongsi serba sedikit pengalaman menjayakan drama itu, aktor berusia 33 tahun ini memberitahu karakter Oh Soo yang dimainkannya mempunyai banyak persamaan dengan dirinya yang sebenar.

“Tidak susah sangat menjadi Oh Soo kerana ‘dia’ punya persamaan dengan diri saya. Babak paling saya suka adalah babak dimana saya dan Oh Young (gadis buta lakonan Song Hye Kyo) berkongsi gula-gula kapas. Saya masih ingat babak itu sehingga sekarang (senyum).

“Babak paling mencabar, bilamana saya perlu menangis. Sebagai seorang lelaki, memang susah untuk saya menangis. Mujur Song Hye Kyo banyak membantu saya. Apabila Song Hye Kyo melafazkan dialog, dia betul-betul menghayatinya sehingga dia menangis. Melihat keadaan itu, saya cukup tersentuh dan turut menangis. Bekerja dengan Song Hye Kyo adalah sangat menakjubkan. Dia seorang yang pelakon yang sempurna”, katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui di sesi temubual, bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur, petang semalam.

Tambah Zo In Sung lagi, kemunculan semulanya dalam bidang lakonan selepas hampir lima tahun selepas tamat menjalani khidmat negara nyata berbaloi. Sepanjang tempoh itu, dia banyak mempelajari tentang dirinya dan menjadi lebih matang sebagai pelakon. Bagaimanapun dia tidak berfikir untuk meluaskan karier lakonannya ke Hollywod kerana selesa berlakon di negara sendiri.

“Pengalaman menjalani latihan khidmat negara telah mematangkan saya bukan saja sebagai seorang lelaki tetapi juga sebagai seorang pelakon. Saya rasa bertuah kerana walaupun sudah lama tidak muncul tetapi menerusi drama ini, saya sekarang dikenali di peringkat Asia.

“Tapi saya rasa saya lebih senang hanya berlakon di negara sendiri dan tidak terfikir mahu mencari peluang diluar misalnya di Hollywood. Lagipun saya tidak bertutur dalam bahasa Inggeris”, ujar pemuja Leonardo DiCaprio dan Robert Downey Jr. ini.

That Winter, The Wind Blows mengisahkaan bakal diulang tayang selepas mendapat permintaan ramai di saluran One HD (Astro 393) bermula 1 Jun depan setiap Sabtu dan Ahad pukul 3.15 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program Terbaru Istana Budaya Sepanjang 2013

Gambar Amanda Imani di Party E! Brand Refresh Asia