in

JHDR RAYA Bersama Shopee Menerusi TV Dengan Hiburan Sambil Membeli Belah

Jom Heboh Di Rumah (JDHR), kembali mewarnai kaca TV anda selama 2 hari bermula 4 hingga 5 Mei 2021 ini.

Tahun ini JHDR bergabung dengan platform e-dagang terulung Asia Tenggara, Shopee! Kerjasama dinamik ini menjanjikan platform hiburan menarik buat anda sekeluarga di samping barisan selebriti terkenal tanah air, persembahan hiburan menarik, segmen gaya hidup selebriti dari memasak hingga fesyen dilengkapi dengan tawaran membeli-belah dengan harga berpatutan serta hadiah terbaik untuk seisi keluarga!

Bersesuaian dengan tema, JHDR Raya Bersama Shopee menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang dengan penuh semangat sambil menetapkan trend baru berkonsep membeli-belah “Raya”. Gabungan JHDR dan Shopee memberi peluang kepada penonton memenangi hadiah eksklusif di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila berpeluang untuk membeli-belah atas talian serta berhibur bersama  keluarga dalam suasana selesa dan selamat di rumah.

Karnival Jom Heboh (KJH) telah pun dianjurkan sejak 18 tahun yang lalu dan bertujuan untuk memberi saat-saat istimewa kepada pengunjung membawa ahli keluarga berhibur bersama dan pada masa sama dapat bertemu dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang datang pada masa itu. KJH menjadi acara padang yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pengunjung dari seluruh negeri sehinggalah berlakunya pandemik yang telah melanda seluruh dunia. 

Menurut Datuk Michael Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia, “Serata dunia kini sedang bergelut untuk menyesuaikan diri dengan situasi norma baharu yang melanda dunia sejak lebih setahun lalu. Hikmah di sebalik kejadian ialah mempelajari betapa penting dan berharganya saat-saat bersama keluarga. Pada masa sama, gandingan JHDR bersama Shopee dilihat amat bertepatan kerana acara tahunan setiap kali menjelang perayaan ialah membeli-belah, dan kini dapat dilakukan bersama keluarga tersayang menerusi atas talian. Mereka tidak perlu bersusah-payah untuk ke pasaraya ataupun merempuh orang ramai. Lebih menarik, pembelian secara atas talian ini menawarkan diskaun yang hebat.”  

JHDR merupakan kesinambungan kepada KJH yang menjadi acara padang tahunan yang dinanti-nantikan. Malahan, sejak dianjurkan 18 tahun lalu di serata negeri di Malaysia, KJH telah dibanjiri oleh 27 juta pengunjung. Anjuran JHDR di kala pandemik ini tetap mengekalkan DNA atau kandungan yang sama untuk seisi keluarga. Menerusi kerjasama ini, penonton berpeluang untuk memenangi dan mengumpulkan 5,555,555 syiling Shopee, baucar Shopee RM 50,000, produk Xiaomi bernilai RM 50,000 dan 1000 kampit beras Sultan Basmathi Beras Era, hanya dengan melayari laman web www.jomhebohdirumah.com.my semasa program bersiaran.

“TV3 sentiasa memberikan kandungan terbaik kepada penonton dan JHDR telah membuktikan TV3  komited apabila berusaha untuk berhubung dengan masyarakat dengan pelbagai cara walaupun dalam situasi sebegini. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia dalam menjayakan misi yang sama iaitu berhubung dengan masyarakat dalam suasana yang menyeronokkan sambil berhibur tanpa perlu bersesak di tempat yang panas,” kata Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima.

JHDR Raya Bersama Shopee akan dihoskan oleh Fiza Frizzy dan AG Kool FM di samping rakan-rakan selebriti lain seperti Yassin, MK, Ernie & Syamel, Santesh Kumar, Anuar Zain, Hanbyul, Daiyan Trisha, Caprice, Kaka Azraf, Lando Zawawi, Chef Wan, Nabila Huda, Remy Ishak, Jovian Mandagie dan ramai lagi.

JHDR akan disiarkan secara langsung pada hari Selasa, 4 Mei bermula pukul 9 malam hingga 10 malam dan hari Rabu, 5 Mei, hanya di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single ANAKANDA Buat Anak Kedua Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Astro Himpun Lebih 270 Program Istimewa Sepanjang Syawal Tahun Ini